Sunday, May 13, 2007

Guru Ibarat Lilin



Suria mentari sinar berseri,
Sampan menyusur di pagi hari ,
Di daerah pedalaman mengabdikan diri,
Guru sejati menyahut seruan pertiwi



Pernahkah kalian merasai betapa agungnya pengorbanan seorang guru. Baru-baru ini, aku berpeluang menonton dvd [ terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan ]– kisah guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman. Semakin menonton, semakin sebak memikirkan betapa mulia dan beratnya tugas mereka.



Cikgu Azli, SK Abuan, Sabah

" Saya bertugas di SK Abuan, jaraknya sejauh 300 kilometer dari jalan darat. Tiada jalan lain, melainkan mesti melalui jalan sungai. Dengan menggunakan jalan sungai, saya menaiki perahu yang mengambil masa selama 1 hari. Jika cuaca buruk, ia akan mengambil masa selama 2 hari. "

" Apabila bertugas di sini barulah saya mengerti apakah maksudnya itu sepi. Saya pernah berseorangan tinggal di kawasan sekolah ini sendirian. Ini kerana semua guru di sekolah saya pergi berkursus. Selama itulah saya bersendirian. Saya seorang yang mengajar dari tahun 1 hingga tahun 6. Dengan menggunakan lampu minyak tanah. Pandang kanan, nampak dinding. Pandang kiri nampak meja. Hanya mampu bercakap dengan kucing sajalah. "




" Lampu dan tenaga elektrik sangat penting dan cukup berharga. Tetapi, kami di sini hanya dapat menggunakan dua jam sehari. Semuanya memerlukan bekalan minyak. Perlu berjimat, siapa pula mahu pergi sejauh 300 kilometer membeli minyak, bergadai nyawa melalui air deras?. "



" Di sini lah saya belajar mencari sayur-sayur hutan. Saya belajar menanam padi huma. Saya belajar menyelam. Bila penat, bermain air bersama anak murid. Bila bosan tengok gambar. Tipulah kalau saya katakan saya tidak menangis. Saya risaukan ibu saya."


" Tetapi, bila saya ingatkan tanggungjawab saya, dan cabaran saya tabahkan hati. Sedari tidak, sudah lebih dua tahun saya di sini. "



" Saya kasihankan cikgu, sanggup bersusah payah" Rashid






Robert Gubat
SK Buayan, Penampang,
Sabah

" Apabila saya mendapat surat, yang mengatakan saya akan bertugas di SK Buayan, hati rasa resah dan gelisah kerana tidak pernah mendengar nama sekolah tersebut. Apabila bertanya orang, orang pun menjawab sekolah itu sangat jauh."


" Memang sangat jauh. Kerana untuk sampai ke sekolah tersebut perlu BERJALAN selama 8 jam. Tiada jalan lain, hanya melainkan dengan berjalan kaki sahaja. Perasaan saya takut, dan bercampur baur. Saya pun mendaki bukit dan menyeberangi sungai. "




" Pernah hampir semua pakaian saya dihanyutkan air. Baju yang dipakai pun basah. Saya pernah rasa mahu menangis. Dan, waktu kali pertama saya sampai, saya jatuh ke dalam sungai. "


" Walau bagaimana pun, sudah bertahun saya bertugas di sini. Saya berharap akan terus berada di sini, menyumbangkan bakti kepada anak bangsa. Tiada siapa yang boleh diharapkan, kerana itulah tugas saya sebagai seorang guru. "




Johnny Wannie
SK Saliran, Nabawan, Sabah

" Pertama kali saya mendengar saya akan bertugas di sana, saya pun menjadi takut. Tetapi, saya kuatkan semangat. Dari pekan Nabawan kami, menaiki kenderaan pacuan empat roda selama 2 jam, menyusri jalan tanah merah. Setibanya di jeti, hati lagi berasa takut dengan air sungai dan waktu ketika itu banjir. Kami pun menyewa bot, dan meneruskan perjalanan. Kira-kira sudah hampir dua jam kami berehat di tebing sungai."

" Saya memberanikan diri, bertanyakan kepada penunjuk jalan. " Kita sudah sampaikah? " Oh cikgu, masih jauh lagi. Masih lagi separuh jalan, cikgu"

" Hati saya lagi berasa sangat sedih, tetapi saya tabahkan hati saya. Memang saya tidak menyangka saya akan bertugsa sejauh ini. Antara pengalaman pahit saya pernah tidur di tepi sungai pada waktu malam, untuk berehat kerana perjalanan masih lagi jauh."

" Saya sudah tiga tahun bertugas di sini, dan saya berhasrat untuk terus berkhidmat di sini. "




Olivia Ong Maxson
SK Long Aton Serawak

" Perjalanan ke sekolah saya mengambil masa selama satu hari. Sekiranya cuaca buruk, perjalanan itu akan mengambil masa selama 2 hari. Saya terpaksa singgah di Marudi, menumpang bermalam di kedai-kedai sementara menunggu hari esok. Keesokannya, kami bertolak dari pukul 8 pagi sampailah ke pukul 5 petang."

" Masalah apabila berada di sini ialah masalah perhubungan. Salah seorang keluarga saya pernah meninggal, dan saya hanya mengetahuinya apabila pulang ke kampung untuk bercuti. Perasan saya pada ketika itu sangat sedih dan kesal."

" Sekiranya, salah seorang guru di sini sakit, klinik yang terdekat mengambil masa sehari untuk sampai dengan belanja minyak bot sebanyak 300 ringgit. Dan, tidak ada wang peruntukan untuk itu. Bayangkanlah betapa susahnya kami . "


" Antara pengalaman pahit saya, ialah kapal yang saya naik pernah karam. Saya yang tidak pandai berenang terpaksa berpegang kepada bot yang terbalik itu sehingga dibantu oleh orang tempatan."

" Saya juga pernah dikejar oleh lanun. Pengalaman itu sangat dahsyat. Menaiki bot ikan selama 3 jam. Bayangkanlah, di tengah lautan itu tidak ada bot lain melainkan bot kita. Tidak ada bot lain yang akan memotong bot kita. Jika bot itu tenggelam, saya terfikir siapa yang menolong kita.

" Semua ini adalah pengalaman dan cabaran buat saya seorang guru yang ditigaskan mengajar di sini. Sudah lebih tujuh tahun saya berada di sini."



Guru-guru
Sk Dabong, Kelantan

" Kami dari Wakaf Baru, akan menaiki kereta api ke Dabong pada jam 3.30 pagi. Bermakna, kami perlu bangun seawal jam 2.00 pagi untuk bersiap sedia menaiki kereta api. Kami sampai di Dabong pada pukul 6.30 pagi, dan kami mengambil peluang untuk bersoalat di Bukit Abu atau bersolat sahaja di dalam gerabak kereta api sahaja. "

Itu bagi guru-guru yang bertugas di pedalaman. Bagaimana pula tugas guru yang harus mendidik anak-anak istimewa?



Wan Sharifatul Akmal
SKPK Alma, Pulau Pinang.

" Setiap pagi, kita harus membelai dan usap mereka. Sentuhan itu sangat penting. Biar mereka tahu ada yang sayangkan mereka. Kadangkala, kita sebagai guru lebih rapat daripada ibu dan bapa mereka sendiri. Bila waktu cuti panjang sekolah, kita rindukan mereka. Jadi kita menelefon mereka."

Kemudian, seorang budak cacat penglihatan menyanyikan sebuah lagu


Saya ada,
Burung pipit,
Setiap hari,
Selalu sakit,
Saya fikir,
Nyamuk gigit,
Gigit mata,
Burung pipit.

Sebuah kampung,
Tepi gunung,
Penduduknya bahagia,

Tersebutlah seorang cikgu
Yang bernama cikgu Wan
Cikgu Wan
Oh Cikgu Wan,
Oh Cikguku
Rupa cantik,
Baju batik,
Oh Cikgu Wan
I love you


" Saya mengajar di sini untuk murid-murid cacat penglihatan. Jadi mereka akan diajar tulisan Braille."

" Bagi saya, mereka hanya mata di buta, tetapi bijaksana di hati.Otak mereka bagus dan cepat mengingat."

" Ada sehari tu, saya berjalan. Chia dapat meneka saya, walaupun hari itu saya tidak memakai kasut tinggi. Tetapi, Chia tetap kata itu Cikgu Wan."



Suryati Nariano
SKPK Princess Elizabeth, Johor

" Sepanjang saya bertugas di sini, berbagai-bagai pengalaman dikutip. Ada yang mengalami sindrom Autisme dan lain – lain."

" Pernah, ada seorang budak perempuan yang berumur 5 tahun. Tidak boleh duduk. Tidak boleh makan dan minum. Hanya boleh menangis. Tapi, berkat usaha dan kesabaran, berlakulah perubahan sedikit sebanyak. Tahun pertama dia boleh duduk, makan dan minum. Tepuk tangan dan ketawa bersama-sama."

" Tangan saya sentiasa ada lebam-lebam. Asyik digigit dipukul oleh murid-murid ini. Kadang-kadang kain koyak dibuatnya. Tetapi, itu tidak pernah melunturkan semangat saya. "

" Saya berharap sangat anak-anak murid saya ini menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara. Mungkin orang selalu bercakap mereka ini tidak mampu berbuat apa-apa, tetapi itulah harapan saya pada mereka."

" Kerjaya saya sebagai seorang guru cukup besar dan mencabar. Di tangan saya terpikul beban mendidik mereka sebagai orang yang berguna. Kita kena kuatkan semangat. Semua orang mempunyai masalah, dan itulah manusia. "
"

Winston Churchill
pernah berkata " sekiranya anda tiada masalah, anda isytiharkan diri anda telah mati" Nyahkan apa yang orang lain kata, dan kita buat terbaik untuk anak bangsa kita. "



Buat mereka yang bergelar guru. Tekadkan semangat. Tabahkan hati. Perjuangan kita mendidik anak bangsa masih belum selesai.

Selamat Hari Guru, Jimi !. [ Aku mungkin paling kerdil berbanding mereka , guru-guru yang telah kutitipkan di sini ]


Bila masih mungkin
Kita menorehkan bakti
Atas nama jiwa
Dan hati tulus ikhlas
Mumpung masih ada
Kesempatan buat kita
Mengumpulkan bekal
Perjalanan abadi


Ebiet G. Ade/Masih Ada Waktu

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Sunday, May 13, 2007  


  • At 4:51 PM, Blogger raaisma said…

    Salam cikgu Jimi, saya ingin meminta izin untuk menge'post'kan link artikel ini dalam blog saya.

    Terima kasih.

     
  • At 9:38 AM, Anonymous Anonymous said…

    selamat hari Guru cikgu.Terima kasih Cikgu.....

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart