Monday, May 28, 2007

Paris Je T'aime




Ini adalah sebuah filem yang cukup istimewa, unik dan paling penting sekali ia membuai rasa dan jiwa.

Sebuah koleksi cerita-cerita pendek yang istimewa yang berlegar dan berkisar mengenai cinta dan kasih sayang. Apatah lagi, yang istimewanya cerita-cerita ini berkisar di tanah yang selalu dikaitkan dengan istilah cinta iaitu Paris.

Paris je t'aime, adalah sebuah koleksi. Ia bukan sebuah filem satu yang panjang tetapi adalah koleksi filem-filem [ atau sebenarnya segmen-segmen cerita] yang mempunyai sebanyak 18 cerita dalam sebuah filem.





Yang menariknya, kesemua 18 cerita ini diarahkan oleh 18 sutradara yang mempunyai kesan sinematik, arahan dan keunikan tersendiri yang cuba menjelajah kepada sebuah tema cerita yang ulung iaitu tidak lain dan tidak bukan; tentang CINTA.




Olivier Assayas yang mengarah Clean, membawa kemahsyuran kepada seniwati Maggie Cheung mengarahkan segmen Quartier des Enfants Rouges

Frédéric Auburtin dengan segmen Quartier Latin

Emmanuel Benbihy

Gurinder Chadha yang mengarah Bend It Like Beckham mengarahkan segment Quais de Seine

Sylvain Chomet dengan segmen Tour Eiffel

Ethan Coen dengan segmen Tuileries
Joel Coen
dengan segmen Tuileries

Isabel Coixet yang sebelum ini mengarahkan salah sebuah filem kegemaran Jimi; My Life Without Me yang mengarahkan segmen Bastille

Wes Craven , sutradara yang terkenal dengan siri-siri filem seramnya seperti Scream, Music of The Heart mengarahkan segmen Père-Lachaise

Alfonso Cuarón daripada kemahsyuran Children of Men mengarahkan segmen Parc Monceau

Gérard Depardieu , pelakon kebanggaan Perancis dan juga sutradara yang disegani mengarahkan segmen Quartier Latin

Christopher Doyle, yang terkenal dengan sinematik dan visualisasi haisl kerjasama dengan Wong Kar Wai mengarahkan segmen Porte de Choisy

Richard LaGravenese dengan segmen Pigalle

Vincenzo Natali dengan segmen Quartier de la Madeleine

Alexander Payne dengan segmen 14th arrondissement

Bruno Podalydès dengan segmen Montmartre

Walter Salles dengan segmen Loin du 16ème

Oliver Schmitz dengan segmen Place des Fêtes

Nobuhiro Suwa , mengarahkan segmen Place des Victoires

Daniela Thomas dengan segmen Loin du 16ème

Tom Tykwer dengan segmen Faubourg Saint-Denis

Gus Van Sant, pengarah indie yang menemui kemahsyuran dengan filemnya Good Will Hunting, Finding Forester, Elephant mengarahkan segmen Le Marais




Jadi kalian, sebanyak 18 sutradara mempunyai cerita cinta yang ingin diceritakan. Mempunyai gaya dan persepsi yang berbeza terhadap isu cinta secara lateral dan maknawi dipersembahkan secara bersegmen, pendek. Tetapi, persoalannya berjayakan sutradara-sutradara ini mengutarakan perdebatan tentang kepelbagaian kisah cinta?

Sekiranya Jimi seorang pensyarah tentang seni filem, dan ingin memperkenalkan penuntut-penuntutnya tentang gaya olahan naskah sesebuah filem mengikut citarasa yang berbeza dari setiap sutradara filem. Maka inilah filemnya yang wajib ditonton. Kerana kalian dapat menilai 18 gaya yang cukup berbeza.

Malah, Jimi pun tidak beberapa mengenali beberapa nama pengarah. Tetapi, Jimi amat senang sekali dengan Gus Van Sant, Alexander Payne, Gurinder Chada, Wes Craven, kerana amat meminati hasil filem-filem mereka.



Baik , setelah menulis sebanyak 18 nama sutradara yang terkenal mengarahkan segmen-segmen kecil ini, dan bagaimana pula dengan aktor dan aktres yang membintanginya. Mungkin bagi kalian yang meminati filem sangat terkejut kerana nama-nama besar membintangi segmen-segmen yang kecil [ yang membuat aku tertanya, berapalah bayaran untuk filem yang lebih 5 – 10 minit ini?]

Elijah Wood, Natalie Portman, Gaspard , Catalina Sandino Moreno, Miranda, Juliette Binoche , Willem Dafoe, Nick Nolte , Maggie Gyllenhaal , Bob Hoskins , Olga Kurylenko , Emily Mortimer , Alexander Payne, Rufus Sewell, Gérard Depardieu Gena Rowlands , Wes Craven malah banyak lagi pelakon dari Hollywood mahupun Perancis ataupun dari Britain bergabung tenaga menjaya keenam belas segmen cinta dalam filem ini.




Pelbagai kisah cinta dihidangkan. Komedi, filem bereksperimantesi pun ada. Drama malah monolog juga dipersembahkan. Malah, ada juga kisah cinta pontianak dan kisah cinta pasangan mime. Dari segi variasi cinta, filem ini mengutarakan cinta dan kasih terhadap seorang ibu yang kehilangan anak. Pertemuan cinta pertama yang akhirnya menemui maut di akhir pertemuan. Dan ada juga cinta pontianak yang jatuh cinta kepada mangsanya. Komedi cinta pasangan mime. Pasangan bercerai yang masih mencintai sesama walaupun enggan mengakuinya.

Ah, cukup mustahil jika Jimi mahu mengulas kesemua sebanyak 18 cerita pendek dalam filem ini. Apatah lagi, kesemua filem ini cukup mempunyai keunikan dan cerita tersendiri mengungkapkan dan mendefinisikan semula makna cinta.

Tetapi, hakikatnya ia adalah cabaran yang besar. Cabaran bagi semua sutradara – sutradara ini adalah durasi masa yang pendek, tetapi melingkupi masa yang pendek itu, mereka harus menerbitkan emosi, jalan cerita dan akhirnya melangsaikan kesudahan dan seharusnya menerbitkan impak semaksima kepada penonton yang menonton setiap segmen dalam filem ini.



Ini adalah pilihan terbaik Jimi, daripada 18 cerita yang ditonton

QUAIS DE SEINE

Gurinder Chadha dalam segment filemnya Quais de Seine, ialah mengenai kisah bangsa Perancis yang berketurunan Arab/Pakistan. Pada suatu hari, 3 budak lelaki sedang sibuk mengurat perempuan atau wanita yang lalu lalang di hadapan mereka. Terdengar di tepi mereka, adalah wanita yang berhijab yang akhirnya turut dikutuk oleh lelaki-lalaki di situ. Tetapi, seorang remaja daripada 3 lelaki tadi terpikat dan kagum dengan sikap wanita yang bertudung itu dengan prinsipnya. Yang akhirnya, membuatkan lelaki remaja itu sanggup menunggu wanita itu keluar dari masjid.

Sekali lagi, Gurinder Chada berjaya menghasilkan impak kesan dualisma budaya yang bertentangan seperti naskahnya Bend It Like Beckham, pertentangan antara dua budaya timur dan barat. Ringkas, nipis tetapi membuak perasa intimasi malah berjaya mengungkapkan tema prejudis, stereotaip, perkauman malah cinta yang ikhlas.


FAUBOURG SAINT-DENIS
Aku sangat menyukai dan menggemari lakonan Natalie Portman. Kisah cinta unik antara seorang lelaki buta yang jatuh cinta kepada seorang wanita yang bercita-cita mahu menjadi pelakon berjaya. Lelaki itu pada suatu hari menerima panggilan dari teman wanita yang ingin berpisah dengannya. Maka, dengan tiba-tiba seluruh kisah percintaan mereka diulang seperti tayangan flashback, satu demi satu. Hanya pada akhirnya, lelaki itu menyedari bahawa itu hanyalah sebuah latihan lakonan monolog teman wanitanya. Gurauan yang sangat menakutkan.

Francine: Thomas Listen. Listen. There are times when life calls out for a change. A transition. Like the seasons. Our spring was wonderful, but summer is over now and we missed out on autumn. And now all of a sudden, it's cold, so cold that everything is freezing over. Our love fell asleep, and the snow took it by surprise. But if you fall asleep in the snow, you don't feel death coming. Take care

Wow, brilliant. I love this segment so much. Did I tell you, Natalie Portman is such a genuine young actress and how beautiful she is?


14TH ARRONDISSEMENT
Ini adalah segmen akhir setelah 17 segmen dipersembahkan. Seperti, merumus kesemua segmen – segmen filem yang lain. Ianya sebuah kisah seorang wanita yang sanggup berjimat duit simpanannya, untuk datang ke Perancis kerana obsesinya. Kerana obsesinya juga, dia sanggup belajar kelasa bahasa Perancis. Di sini pada hakikatnya dia mengenali dirinya sendiri dan mengenali hakikat kehidupannya. Monolog dan naratifnya cukup kuat dan bersahaja, sehinggakan Jimi merasakan cukup simpati dengan hidupnya yang keseorangan itu.

Dalam segmen ini, wanita merumus pengalamannya melawat Perancis dengan bahasa Perancisnya yang berterabur. Tetapi, akhirnya mengungkap sebenarnya dan hakikatnya kehidupannya sendiri secara puitis dan mendalam.

Hakikatnya, banyak lagi segmen yang ingin aku kongsikan kepada kalian betapa istimewanya file mini. Tetapi, ruang menulis terbatas, dan nyatanya benarlah apa orang kata tentang makna cinta dan olahannya yang tak sudah-sudah diulas. Apa yang istimewanya, file mini mengungkap makna cinta di tanah romantis iaitu di Perancis.

Kiranya anda menyukai
1. Filem pendek
2. Filem ensemble pertama Malaysia; CINTA
3. Love, Actually
4. Garapan naskah sutaradara yang berbeza

Ini adalah filem yang mungkin terbaik ditonton oleh anda pada tahun ini.


Lagu tema filem ini yang cukup mengasyikkan



Segmen lakonan Natalie Portman, cukup bagus sekali lakonannya.




Barisan pelakon-pelakon handalan mengucapkan Paris Je Taime. So romantic!





Trailer filem





Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, May 28, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart