Tuesday, May 08, 2007

Miss Porter


Bilakah kali terakhir kalian menonton sebuah filem yang mempunyai rasa kemanisan?. Kemanisan itu terbawa-bawa dengan untaian lagu-lagu runut bunyi ilham jiwa Rachel Portman dan Nigel Westlake ?. Kemanisan itu terungkap dengan watak-watak yang indah dan menarik untuk ditatapi. Kemanisan itu juga kerana setelah selsai menontonnya. Kalian tidak bimbang dan gelisah kerana tiada justifikasi kacau bilau – lelaki gila atau psycho, perempuan penagih dadah atau seks rambang.

Dan, kalian mungkin berkata , yeay , yeay , yeay, sebuah filem yang lari daripada realiti kehidupan. Dan, apabila Sanjaya dengan segala episod rambut-rambut bodohnya nya dalam American Idol ataupun Paris Hilton dengan ketagihan alkohol nya, anda mungkin memerlukan sebuah filem ‘ feel good ‘ ini untuk lari daripada bintang realiti Dafi sehinggalah ke Sanjaya (talking about an instant short fame), dan aku yakin Miss Porter akan melepaskan segala beban itu semua.

Ini bukan sebuah filem yang menjurus kepada genre biopic seperti Gandhi yang mungkin kalian menghargai fakta-fakta sejarahnya. Tetapi, filem Miss Porter adalah sebuah filem yang menceritakan kisah seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang sangat terkenal dan ianya masih di baca sehingga kini.




Beatrix Porter , adalah seorang penulis yang telah mempopularkan karakter-karakter haiwan yang lucu seperti Peter The Rabbit, Jemima Puddle Duck dan banyak lagi. Kisah ini menyelami kehidupan seorang wanita yang terperangkap kepada konsep sosial yang berat sebelah terhadap dunia wanita.

Kalian perlu maklumi, sudah banyak filem-filem period yang mengupas isu wanita dan stereotaip pada zaman tersebut. Masih ingat lagi, Rose Dewitt Bukater mahu membunuh diri kerana paksaan kahwin dalam filem Titanic. Sangat melucukan sehingga kini aku menontonnya, apabila ibu Rose Dewitt Bukater mengatakan perempuan belajar tinggi hanya kerana merebut lelaki terkaya untuk dikahwinkan. Oh ya, bagaimana pula dengan kritikan sosial Jane Austen dalam naskah buku-bukunya. Pride and Prejudice dan Sense and Sensibility secara terusan mengkritik dan mengisahkan gejolak dan dilema wanita Inggeris dan obsesi mereka untuk dicintai , yang mungkin pada ketika itu adalah satu perkara yang sangat mustahil.

Jadi, bayangkan bagaimana Beatrix Porter hidup dalam justifikasi sosial yang seperti itu, tetapi pada masa yang sama dia mempunyai beberapa impian yang mungkin tidak masuk akal dan disanggah sama sekali oleh ibunya.





Pada usia 30 tahun dia masih lagi belum berkahwin. Ibunya mahu menjodohkan dia dengan beberapa lelaki ternama dan terkaya yang difikirkan sepadan dengan strata darjat sosial mereka. Tetapi, bagi Beatrix, mereka hanyalah lelaki-lelaki tolol yang hanya mampu megah dengan nama mereka sahaja. Beatrix sering mempersoalkan peranan wanita yang fikirnya sangat membosankan – yang hanya berbual tentang cuaca atau bergosip sepanjang hari sepanjang sesi minum petang.

Seperkara lagi, Beatrix sangat mencintai dunia sekitar yang semulajadi. Sedari kecil, dia sentiasa terpesona dan kagum dengan haiwan-haiwan yang kecil seperti arnab dan lainnya yang ditemuinya sewaktu percutian keluarga setiap musim panas. Obsesi ini dibawa sehingga ke usia dewasa, dan bakatnya dalam melukis sentiasa mengkagumkan. Tetapi,seperti biasa tidak pernah dihargai oleh ibunya.

Pada akhirnya, Beatrix berjaya mendapatkan kepercayaan sebuah syarikat penerbit menerbitkan sebuah buku kanak-kanak Peter The Rabbit hasil tulisan beliau sendiri. Sangkanya, buku itu pasti tidak mempunyai kesinambungan dan tidak mendapat pasaran. Tetapi, sangkaannya meleset sama sekali, kerana ia terjual dengan banyaknya dan mencatatkan sejarah yang tersendiri.




Idealis fikiran dan pendiriannya untuk tidak berkahwin buat selama-lamanya akhirnya memakan diri sendiri apabila dia menemui lelaki yang difikirkan menghargai pendapatnya, luahan perasaan sebagai wanita yang berbeza dari setereotaip wanita Inggeris yang lain pada ketika itu. Norman ibarat satu dalam seribu, yang sentiasa menghargai kehadiran dan kegilaan Beatrix pada dunia penulisan dan lukisan haiwan-haiwannya.

Ibarat uda dan dara. Lengkap dan sempurna dan betapa idealisnya dan cocoknya mereka berdua. Sayangnya, lamaran Norman terhadap Beatrix ditolak oleh keluarga yang difikirkan oleh Beatrix sungguh tidak masuk akal – hanya kerana Norman datang dari keluarga peniaga!

Kesetiaan cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa menerima syarat oleh ibu dan bapa Beatrix. Sungguhpun demikian, meskipun sudah merancang hari bahagia mereka berdua, sesuatu pahit telah mencemarkan kemanisan percintaan mereka. Beatrix terpaksa menerima hakikat itu sepanjang usianya.




Adalah suatu yang sangat mengujakan pabila dapat menonton dan menyelami kehidupan Beatrix Porter, wanita yang sangat terkenal dengan dunia buku kanak-kanaknya. Adalah suatu yang mengasyikkan dan seperti terbuai ke sebuah alam yang sungguh mendamaikan. Jalan ceritanya sederhana, watak-wataknya sangat meyakinkan dan rempah ratus emosinya cukup berserba serbi, ada jenaka dan humor, kesedihan dan inspirasi yang terbangkit pada akhir filem ini. Satu masalah sahaja: aku berasa seperti tidak puas dan seperti mahu melihat apakah yang akan dilakukan oleh Beatrix Porter meskipun dia sudah tinggal di ceruk desa. Bagaimana dengan kehidupannya yang seterusnya?

Pemandangan lanskap yang sungguh menakjubkan yang dirakamkan di Lake Country, Columbria dan Isle of Man sungguh mempesonakan. Aksi kartun yang dilakarkan oleh Beatrix seperti yang dipaparkan diimaginasikan sebagai hidup – melambangkan keserasian Beatrix Porter dengan karakter-karakter yang diciptanya. Dan, shot- shot sebegini sangat penting untuk mengaitkan betapa mendalamnya keghairahan Beatrix Porter dengan dunia yang diciptanya. Brilliant.

Apabila kalian menonton filem Miss Porter ini, kalian pasti akan memihak kepada watak Beatrix Porter yang setia, jujur dengan prinsip hidupnya. Kalian begitu menghendaki Porter akhirnya mengahwini Norman, tetapi sayangnya sebaliknya yang berlaku. Kalian bersimpati atas apa yang berlaku. What I really meant is … these characters are so believable and adorable that you love to have them in you life.

Dan, ini sekali lagi menunjukkan betapa hebatnya dan yakin diri Renee Zelwagher sekali lagi dengan obsesinya untuk menjadi wanita Inggeris setelah membintangi Bridget Jones Diary. Bukan sahaja dia obsesi untuk membintanginya, malah dia bertindak selaku penerbit eksekutif mengeluarkan duit untuk menerbitkan filem Miss Porter ini. Sememangnya Renee Zelwagher adalah pelakon yang sangat berkebolehan dan berjaya membawakan diri Beatrix Porter dengan jayanya. Cukup mengkagumkan bagi seorang wanita yang dilahirkan di Texas, Amerika Syarikat!




Miss Porter harus ditonton oleh kalian;

1. Buat kalian yang juga obsess dengan aktres Amerika yang mahu mencuba loghat Inggeris pekatnya.
2. Buat kalian yang sukakan filem yang cantik, penuh dengan lanskap seindah poskad atau seindah lukisan period Inggeris.
3. Buat kalian yang sukakan filem-filem period, dan menghayati , menghargai kostum, set lokasi yang indah.
4. Buat kalian yang rindukan keserasian Renee Zelwagher dan Ewan McGregor dalam Down With Love.
5. Buat kalian yang sukakan runut bunyi yang indah, puitis dan merdu. Anda mungkin sebak dengan alunan suara Ewan yang menyanyi sambil menari bersama Renee.
6. Buat kalian yang menghargai betapa inspirasinya manusia yang bernama Beatrix Porter melalui suka duka hidupnya. Dia menggunakan duitnya untuk membeli tanah dan menghadiahkan semula kepada petani!Wow!
7. Buat kalian yang sangat bencikan hero dan heroin yang berangan. Filem yang penuh letupan demi letupan. Seks atas katil atau atas meja dapur.( you know, James Bond and whats not) And Miss Porter is totally the opposite!

Ya, kalian mungkin tidak dapat menontonnya di sinema kerana orang-orang bodoh yang sentiasanya mempopularkan dengan lagak pandainya menawarkan masyarakat kita apa yang mereka katakan " popular atau filem box office". Jadi, dapatkan di gerai dvd haram (thank god for the pirated dvds) dan kalian mungkin terpesona dengan kisah ini. Aapatah lagi, ianya berdasarkan dari kisah benar.

A charming film about a charming woman who created charming books. You' ll leave the cinema feeling that much happier having seen this film.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, May 08, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart