Monday, May 14, 2007

Cikgu Jimi



Ceritera

Arakian, tersebutlah sebuah kisah, seorang raja yang bertakhta ingin menemui dan menghargai orang yang terbaik dan terulung dalam kepakarannya. Seorang lelaki yang kaya memiliki kekayaan dan kemewahan telah dipilih. Seorang lagi, dipilih kerana kebijaksanaanya menyembuhkan rakyat yang berpenyakit. Seorang lagi, dipilih kerana kebijaksanaan dan berhikmah , berpengetahuan tinggi dalam ilmu-ilmunya, ilmu duniawi dan maknawi.

Kesemua mereka ini dibawa ke istana untuk mengadap raja. Dan, maka pemilihan orang yang terbaik dan terulung menjadi pemilihan yang sangat sukar.

Kesemua calon-calon yang dihadapkan di istana duduk bersimpuh . Namun ada seorang calon terakhir yang tidak dikenali kehebatannya. Seorang wanita tua yang sudah beruban rambutnya. Tetapi, mata hatinya menggambarkan kasih sayang, berhemah dan sangat memahami.

Lalu, raja pun bertanya. " Siapa pula gerangan wanita tua ini ?", Beta telah mendengar semua calon dengan kisah mereka yang hebat-hebat. Tetapi, siapa pula wanita ini? Apakah pula yang telah dilakukannya?" Tanya raja lagi.

" Tuanku, tuanku telah mendengar semua calon-calon yang hebat dan kisah mereka.. Wanita tua ini adalah guru mereka." Jawab pembantu diraja.

Maka, segala rakyat yang berada di situ, bersorak gembira. Wanita tua yang beruban itu telah mendidik dan membimbing kesemua mereka menjadi manusia yang berjaya.

Raja, dengan penuh yakin menganugerahkan kebesaran terhormat dan termulia kepada wanita tua itu. Wanita tua yang hanya menjadi guru yang biasa.





Ceritera Citra

Bak pepatah orang Melayu yang menyebut. Mesti mengikut resmi padi, semakin tua semakin berisi. Pepatah itu sangat sesuai untuk menceritakan pendirian aku. Semakin meningkat usia Jimi, semakin Jimi mengerti bahawa dunia ini tidak boleh berdirinya dan hidupnya bersendiri. Kerana seluruh alam semesta dan paksinya saling memerlukan.

Semakin meningkat usia aku, semakin aku mengerti dan memahami betapa pentingnya SIKAP terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Malah, sikap lebih penting daripada masa lampau, pelajaran, duit dan kekayaan, kegagalan dan kejayaan atau apa sahaja persepsi orang lain terhadap diri kita.

Mendidik dan mengajar. Itulah bidang yang dipilih oleh aku. Menjadi seorang cikgu tidak memberikan kepuasan untuk engkau menjadi kaya-raya. Tetapi, bila suatu hari engkau ditegur oleh bekas anak murid

" Cikgu, terima kasih kerana pernah mengajar saya dulu. Saya mungkin tidak dapat masuk ke universiti, jika tanpa usaha yang cikgu berikan."

Kata-kata seperti itu ibarat permata yang berharga kerana engkau yakin bahawa dirimu telah berjaya memanusiakan seseorang.

Jangan bermimpi untuk menjadi kaya. Jangan bermimpi untuk bekerja dalam bilik yang berhawa dingin. Jangan bermimpi untuk memiliki rumah besar, kereta import apatah lagi hidup seperti rakan-rakan kamu yang sudah bertugas sebagai jurutera, doktor, peguam ataupun HAKIM.

Jangan impikan itu semua.

Tetapi impikanlah kebahagiaan dan menikmati kebahagiaan apabila didoakan oleh bekas anak murid agar diberkati hidup. Nikmatilah kebahagiaan apabila anak muridmu mencium tanganmu tanda terima kasih setelah mengetahui dia memperoleh semua A dalam keputusan peperiksaannya. Nikmatilah kehidupanmu yang pasti membuat dirimu sebak apabila menerima sebuah kad ucapan terima kasih.

" Cikgu, thank you for believe in me and guide me to be a better person. "

Aku pernah bertugas sebagai seorang Pegawai Perhubungan Awam. Katanya aku dipilih kerana kepetahan aku dan kebijaksanaan aku. Katanya juga, aku dipilih kerana kemampuan berbahasa yang tinggi. Aku adalah seorang pegawai kepada seorang datuk. Sebuah bilik berhawa dingin, mempunyai seorang setiausaha yang sentiasa menyediakan secawan teh o pada setiap pagi. Tetapi, aku tidak bahagia. Indah tetapi hakikatnya busuk seperti bau bangkai. Datuk yang tidak berjiwa rakyat dan menghargai inspirasi anak-anak buahnya. Kebusukannya sangat menjelikkan. Peribadinya kotor dan jiwanya hanyir dengan kata nista. Sesat bertopengkan manusia yang sombong dan telanjang .

Manusia yang sering bermuka-muka wujud di pejabat itu. Aku ketika itu sangat bencikan hidup aku. Hidup ibarat tidak bermaya. Aku seperti kaku - kerana tidak mempunyai kebebasan. Bebas untuk tersenyum bahagia, memberikan inspirasi kepada manusia.

Maka, selama sebulan 13 hari sahaja. Aku pun meletakkan jawatan aku. Percayalah, hari itu adalah hari penuh bahagia. Aku belikan dua buah buku pada hari itu, tanda kebahagiaan. Dalam ketika ramai manusia sekeliling memikirkan bagaimana Jimi yang dianggap mempunyai nuansa seorang yang berjaya - dengan bodohnya meletakkan jawatan sebagai seorang pegawai BESAR yang sentiasa mengiringi majlis-majlis datuk yang ternama dan terhormat.

Sebaliknya, hanya tuhan yang menyayangi aku. Mengutip aku, dan menghias diri aku. Allah tahu aku mempunyai hati yang besar dan penuh kasih untuk berbakti. Alhamdulillah, sudah empat tahun aku menjadi guru. Guru yang biasa. Tiada yang istimewa. Guru yang mahu berbakti kepada anak bangsa supaya menjadi diri sendiri. Yakin dengan kebolehan diri dan mahu mereka semuanya menjadi lebih berjaya daripada guru biasa itu.

Tiga tahun yang lalu, aku mendidik dan mengajar pelajar-pelajar tingkatan 6 . Sejarah, Pengajian Am dan Bahasa Inggeris. Sebanyak tujuh kelas semuanya. Pada pertengahan semester, jadual kelas semuanya dirombak. Maka daripada tujuh kelas, aku hanya mengajar 5 buah kelas.

Kalian tahu, pelajar-pelajar dari dua buah kelas tersebut berasa kecewa kerana aku tidak mengajar mereka. Lalu, mereka panjangkan perkara ini kepada pihak pentadbir. Rupa-rupanya, mereka telah membuat tanda tangan petisyen sesama mereka [ seramai 2 kelas, lebih 100 orang] memohon supaya aku kembali mengajar mereka semula.

Bagaikan tidak percaya. Malu pun ada. Tetapi masih aku ingat lagi seorang guru tua berbicara:
" Wah, cikgu. Students buat petisyen nakkan cikgu mengajar mereka. I am so proud of you. I bet you are so special to them. Sepanjang saya mengajar, inilah kali pertama I ve seen this situation"

Mereka semua ini hampir kesemuanya sudah berada di universiti. Ada yang mengambil jurusan kedoktoran, kejuruteraan dan ada juga yang mengambil bidang seni lakon. Malah, ada juga yang keciciran, yang bekerja sebagai pengawal bank, bertugas di pejabat pos di pekan kecil ini. Aku tidak pernah membezakan mereka.

Tetapi, tuhan juga mengatur hidup aku mengikut kebijaksanaannya. Aku bertugas pula di sekolah rendah yang usianya 7 hingga 12 tahun. Inilah yang mencabar. Tanggungjawab yang diperan semakin besar.

Setiap tahun aku mengajar 15 hingga 20 murid tahun enam. Bayangkan setiap tahun, berapa ramaikah keluaran yang telah aku hasilkan. Bagaimanakah pencapaian mereka, hidup mereka di alam remaja dan seterusnya dewasa. Adakah aku telah mendidik dan membimbing mereka dengan sehabis daya aku?.

Sekiranya mereka terjumpa sampah di laluan jalan kaki lima, akan tergerakkah hati mereka untuk mengutip dan membuang ke tempat yang sepatutnya?. Kerana telah aku tanamkan dan semaikan kasih murni dan suci. Aku berdoa dan berharap semahu-mahunya mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mudah-mudahan.

Itulah Jimi, bekas pelajar SPM terbaik sekolahnya. Graduan Universiti Islam Antarabangsa - dalam kolompok 10 pelajar terbaik tahun pengajiannya. Akhirnya, meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Awam , dimana antara tugasnya menyediakan teks – teks ucapan majlis perasmian seorang Datuk ternama. Sesekali melayan tetamu khas samada dari Guangzhou, China atau Uzbekistan. Daripada duduk di sebuah bilik yang dingin ke sebuah kerusi yang sangat keras. Dikelilingi oleh manusia-manusia kecil. Yang sentiasa mendengar celoteh Jimi. Lawaknya, marahnya, nasihatnya dan kadangkala nyanyian sumbangnya yang ditertawakan oleh anak-anak kecil itu.

Hakikatnya, Jimi sudah menemui tugas hakiki. Kerana Jimi ada hati dan perasaan yang ampuh. Jiwanya besar – mahu berkongsi ilmu. Kerana itulah kebahagiaannya. Mendidik.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, May 14, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart