
Seorang guru selalu sangat mengungkit tentang tugasnya. Katanya dia dibayar gaji sekian-sekian. Mengapa perlu diberi lebih?. Sekiranya waktu mengajar jam sekian, jadi dia mengajar hanya pada waktu atau tempoh yang ditetapkan.
" Aku dibayar mengikut itu dan ini, mengapa perlu susahkan diri?"
Sekiranya tamat mengajar 8.45 pagi, mengapa bazirkan waktu untuk memahamkan murid sehingga jam 9 pagi? Itu alasannya.
Pendek kata, sungguh berkira.
17 tahun berlalu. Keputusan SPM diumumkan di seluruh negara . Anak guru tersebut hanya mendapat pangkat tiga sahaja. Cemerlang tidak, gagal pun tidak.
Bak kata ibunya selalu," cukup makan sahaja"
Kata seorang guru lain. " itulah dosanya kalau berkiradan mengungkit sehabisnya, kan tuhan dah bagi dosa kifarah!"
Aku tak tahu apa orang lain kata , aku sangat percayakan kepada KARMA. Seperti Justin Timberlake berkata " what goes around, comes around " Guru itu dapat apa yang disumbangkan selama ini. Tidak kurang, tidak lebih. Cukup setakat itu sahaja.
Jadi, anda masih mahu jadi cikgu seperti Jimi? Kerana dosa dan pahala begitu sinonim dengan kehidupan seorang guru. Ambil iktibar, Jimi. Labels: laments |