Thursday, April 26, 2007

Akeelah And The Bee



Pernahkah ketika anda di usia remaja, anda tidak seperti teman anda yang lain. Anda bukanlah yang popular yang memiliki segalanya seperti kekacakan atau kecantikan yang didambakan? Pernahkah anda merasakan bahawa diri anda tidak dihargai ,tidak disedari dan tidak difahami oleh orang lain?. Inilah sindrom manusia yang bernama remaja yang mengalami jiwa rasa yang bergolak " trying to fit in" dalam dunia remaja yang kejam.

Akeelah sering mengalami perasaan itu. Di sekolahnya, Akeelah dianggap pelik kerana dia bukan remaja perempuan yang popular. Teman lain sering mentertawakannya. Akeelah sering mendapat keputusan baik dalam subjek bahasa Inggerisnya dan kerana itu dia dipaksa membuat kerja rumah untuk kawan-kawannya. Dan, ia menjadikan Akeelah benci dengan dirinya.

Di rumah pula, ibunya sentiasa sibuk dengan dua kerjanya. Ibunya seoarang ibu tunggal yang telah kematian suami yang ditembak di kawasan ' ghetto' yang terkenal dengan jenayah. Anak lelakinya pula semakin menjinakkan diri dengan samseng ghetto. Jadi, fikirkan dimanakah Akeelah ditengah semuanya.

Akeelah sangat menyayangi abang sulungnya yang menuntut dalam kolej ketenteraan yang dianggap memahami luar dan isi hatinya. Pabila sedih dan resah, Akeelah sentiasa bermonolog dengan sebuah gambar. Gambar ayahnya yang sering dirinduinya. Dia sering membayangkan dirinya selamat dan gembira ketika di sisi ayahnya.

Akeelah seperti remaja lain, menganggap sekolah sebagai neraka, dan tidak dapat melihat rasionalnya pentingnya semua itu. Sungguhpun dia seorang pelajar yang bijak, dia sentiasa menimbulkan masalah. Sehinggalah pengetuanya menghukumnya dengan memasukkan Akeelah dalam sebuah pertandingan ejaan. (Spelling Bee)






Dan, keajaiban pun bermula. Dia menang. Dan di situ timbul keinginan Akeelah untuk menjadikan pertandingan ejaan itu sebagai loncatan untuk keluar atau escapism daripada semua beban masalah yang membelenggu dirinya.

Bakat dan kecerdikan Akeelah berjaya mencuri perhatian seorang professor yang diminta oleh pengetua sekolahnya menjadikan mentor dalam membimbing Akeelah ke peringkat seterusnya. Pada mulanya, Akeelah kurang daripada semua sudut, disiplin, sikap , persepsi dan ketekunan yang akhirnya berjaya diatasi oleh mentornya Dr Larabee.

Jika benar dunia remaja mudah dimengertikan, mungkin tiada tembakan secara rambang berlaku di dunia ini. Jika benar dunia remaja mudah difahami, kita mungkin mengerti betapa keakraban perhubungan anak dan keluarga. Tetapi itu semua klise. Kita jarang menyelami dunia remaja, dan sentiasa menganggap dunia mereka sudah kita lalui dan melabelkan mereka sebagai " masalah picisan".





Yang kita sudah lupa, kita pernah menjadi remaja dahulu. Kita lupa kita juga mengalami masalah " trying to fit in". Bila kita pandai dan bijak, kita dilabel freak, pelik atau ulat buku. Bila kita menjadi nakal, akhirnya kita terjebak kepada teman-teman yang telah tersimpang jauh.

Pada akhirnya, Akeelah seperti remaja lain, sentiasa memendam dan menyimpan semua beban itu di dalam hati.

Ibarat sepotong kek tiramisu daripada keseluruhannya. Kita telah memakan sepotong itu, dan kita dapat mengandaikan kita menikmati keseluruhannya. Inilah ibarat menonton filem ini, amat jelas sutradara mahu kita menyelami dunia remaja yang sering disisihkan. Ya, genre filem bercitarasa demikian sememangnya memikat jiwa aku. Kalian mesti sudah menjangkakan, aku menangis, ketawa dan bertepuk tangan untuk Akeelah. Menyelami dunia Akeelah, sedihnya dan gembiranya. Anda mungkin bertepuk tangan ketika Akeelah berjaya mengeja kosa kata yang aku sendiri tidak mengetahuinya. Anda juga mungkin resah dan berdebar memikirkan akan berjayakah Akeelah menjuari pertandingan itu.

Kerana anda tahu, cerita ini bukan tentang pertandingan ejaan bodoh semata-mata. Tetapi, ia mewakili kehidupan manusia biasa seperti kita semua, yang cuba menjadi terbaik sedaya upaya menghadapi dunia yang kejam ini. Anda juga berfikir, Akeelah mewakili semangat untuk melawan kedegilan, dan berusaha untuk mengetasi ketakutan dan keraguan. Keraguan terhadap dirinya sendiri.





Ya , itulah perjuangan sebenar yang Akeelah perjuangkan.

Prestidigitation, ambidextrous, pterodactyl, pulchritude, pastiche, xanthosis, cabalistic, soliterraneous, grandiloquent, catastasis, endentulous, quinquevir, bioluminescent, objugatory, kookaburra, effervescible, quiddity, pyrophanous, mountebank, numismatics, arboriculture, argillaceous, serpiginous, and logorrhea.

Kosa kata tersebut adalah perkataan-perkataan yang telah digunakan dalam filem tersebut. Barangkali , kita semua pun tidak pernah mendengar sebahagiannya seumur hidup kita. Bayangkan juga, remaja seperti Akeelah berjaya mengingati kesemua ejaannya.

Dunia pertandingan ejaan memang pernah difilemkan sebelum ini. Maka, filem Akeelah and The Bee bukanlah cerita yang baru ini. Mungkin juga, tidak ramai yang dapat mengaitkan filem tentang cerita tersebut dengan kehidupan sendiri. Apa yang menariknya ialah, filem ini penuh mendebarkan, mengharukan.






Akeelah and The Bee yang didukung oleh barisan pelakon yang hebat. Sebagai watak utama Keke Palmer yang memegang watak Akeelah sangat mengkagumkan. Dia sudah dinobatkan sebagai Most Promising Actors dalam beberapa festival filem. Gandingan Lawrence Fishburne dan Angela Basset sangat dinantikan. Kerana inilah gandingan mereka yang kedua selepas Whats Love Gotta To With It, sebuah filem hebat berdasarkan kehidupan Tina Turner dan Ike Turner yang dilakonkan oleh mereka berdua.

Jika anda suka menonton filem-filem yang setelah anda selesai menontonnya berasa puas, sebak atau mungkin menangis, dan anda mempelajari satu dua tentang kehidupan, maka inilah filemnya.

Seperti Life As A House, Pay It Forward, Coach Carter, To Sir With Love, Finding Forester, Dead Poets Society, Music of The Heart dan banyak lagi, aku menambah satu lagi filem dalam genre ini iaitu Akeelah and The Bee. Sayangnya, tidak ramai yang telah menonton filem ini.


Dan kalian sebagai pembaca blog Jimi, diwajibkan mencari dvd filem ini dan menontonnya. Kerana ia bukan sekadar tentang ejaan semata-mata. Ia tentang kejujuran persahabatan. Ia tentang kasih sayang. Ia tentang perjuangan kehidupan manusia biasa yang cuba menjadi luar biasa. Ia tentang keyakinan dan percaya diri. Ia tentang kehormatan diri dan pecarian diri.


p/s Cekmi, this movie should be seen with your college students. So appropriate.




posted by Jimi Wiser @ Thursday, April 26, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart