Friday, March 16, 2007

Stage Beauty


Selama mana yang Jimi tahu, Jimi tidak pernah sukakan filem Shakespeare in Love. Aku benci memikirkan Gwyneth Paltrow memegang watak (unconvincingly) dalam filem tersebut dan pada akhirnya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Oscar? Filem tersebut juga penuh dengan klise untuk menjadikannnya seperti filem period yang mewah dengan dialog yang hebat, penuh keinggerisan , skrip yang bagus tetapi maafkan aku, Jimi tidak pernah merasainya.

Perasaan itu lain jika kalian semua dapat menonton kesemua filem penerbitan Merchant Ivory atau Ang Lee dalam Sense and Sensibility atau filem-filem lakonan Helena Bonham Carter sebelum ini.

Jadi, aku ketepikan Shakespeare In Love. Ada sebuah filem yang mempunyai kesamaan dengan genre dan jalan cerita filem itu, malah aku sifatkan seribu kali lebih baik dari Shakespeare in Love!



Stage Beauty. Ini adalah sebuah filem sekiranya dibikin dan ditayangkan sebelum tahun 2001, mungkin menjadi filem pilihan untuk dicanangkan sebagai crème of the crème. Keseluruhan pendukung watak-watak dalam filem adalah yang terbaik. Sekali lagi obsesi pelakon Amerika yang suka dengan watak wanita Inggeris zaman period. Julianne Moore dalam The End Of Affair, Reese Witherspoon sudah melakukannya dalam The Important of Being Earnest dan Vanity Fair, Gwyneth Paltrow dengan Emma dan Shakespeare in Love dan kini giliran Claire Danes pula. Selepas itu Billy Crudup pula membintangi disamping Claire Danes yang barangkali anda sudah ingat lupa lakonannya dalam Big Fish. Tom Wilkinson, Rupert Everette, Ben Chaplin juga turut membintangi filem ini. Gabungan ensemble kesemua pelakon ini, digabungkan dengan jalan cerita yang menarik - transisi antara elemen romantik dan komedi.



Sinopsis

Nah, saya canangkan soalan kepada kalian semua.

Pernahkan anda sedar pada ketika anda bangun pagi anda sebenarnya wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki? Anda tahu anda adalah seorang lelaki, tetapi kerja anda adalah bertugas menjadi seorang pelakon, sebagai seorang wanita yang anggun. Apabila setiap hari anda menjadi wanita itu, anda sudah berasa wanita itu sudah berada dalam susuk tubuh anda. Dan, akhirnya anda menjadi keliru dengan jantina anda.

Wow, tentu hebat persoalan itu, bukan? Inilah perasaan yang dialami oleh Edward Ned Kynaston yang hidupnya sebagai seorang pelakon teater. Pada ketika dahulu, wanita diharamkan berlakon dalam teater. Jadi, siapa lagi yang boleh melakonkannya kalau bukan pelakon lelaki?



Edward Ned Kynaston hidupnya bergelumang dalam kemiskinan sehinggalah dibimbing oleh mentornya yang membimbingnya menjadi seorang pelakon wanita yang hebat.

Pada saat itu, Ned sangat hebat. Semua orang memuji kelembutan dan kehebatan lakonannya. Malah ada yang tidak mempercayai bahawa dia sebenarnya adalah seorang lelaki. Pada ketika itu, wataknya sangat terkenal dengan nama Desdomona sehinggakan Ned obses untuk memperbaiki mutu lakonannya.

Malangnya, pada ketika itu Raja England sudah bosan dengan jalan cerita dan dunia teater yang pada ketika itu lebih kurang sama sahaja. Dengan tidak semena-mena, hasil desakan perempuan simpanannya pengharaman wanita untuk berlakon teater ditarik balik serta merta.
Maka, keputusan ini merupakan satu tamparan hebat buat Ned yang selama ini seluruh hidupnya berlakon menjadi seorang wanita. Tentu sahaja wanita tulen lebih bagus berlakon sebagai wanita, apatah lagi mereka sememangnya wanita, bukan?


Ini merupakan berita baik buat Maria, gadis penyolek muka Ned yang selama ini obses dengan lakonan teater. Maka era pelakon lelaki memegang watak wanita dalam dunia teater sudah berakhir dan bermulalah era wanita dibenarkan berlakon dalam dunia teater.

Ned menjadi semakin buntu dengan kehidupannya. Manakala Maria sungguhpun menjadi terkenal menjadi wanita pertama dalam dunia teater tetapi lakonannya menjadi tidak memberangsangkan. Ned semakin buntu kerana dia semakin keliru kerana dia tidak mampu membawakan watak sebagai seorang lelaki biarpun dicubanya berkali-kali. Akhirnya dia dicemuh oleh masyarakat. Ned juga semakin keliru dengan dunia seksualitinya dan mempersoalkan samada selama ini dia adalah wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki.
Perkara ini menjadi semakin rumit kerana Maria diam-diam jatuh hati kepada Ned.
Sehinggalah pada akhir adegan ini, Ned berjaya menemui kelakiannya dan Maria berjaya menjadi wanita yang benar – benar berlakon dalam dunia teater.


Filem Stage Beauty ini cukup istimewa jika dibandingkan dengan Shakespeare in Love kerana keasliannya dalam memaparkan cerita dengan lebih bersahaja.

Sekiranya anda sudah menonton Shakespeare in Love, Being Julia - yang aku sifatkan filem memamapar lakonan dalam teater - dan sukakan suasana lakonan dalam teater, bagaimana mereka melakonkan watak-watak mereka dan improvisasi atas pentas. Nah, inilah filemnya. Adegan akhir filem ini cukup memukau.

Lakonan Billy Crudup dan Claire Danes sangat mengkagumkan. Menyaksikan mereka satu pasukan dalam kebanyakan dialog, cukup dinamik dan sangat memerlukan. Kedua-dua pelakon ini berjaya membawakan watak ini dengan jayanya. Billy Crudup jika disolek nampak cantik penuh keayuan, lemah gemalai dan dilema seksualitinya itu berjaya dipaparkan dengan penuh perasaan.
Dan Claire Danes bukanlah pelakon remaja yang anda sudah lupa kehebatannya dalam Little Women ini, dia pun bukanlah lagi kegilaan Leo dalam Romeo and Juliette naskah Bazz Luhermann, dia ialah Claire Danes yang sentiasa mencuri perhatian dalam setiap adegan dalam filem ini. Claire Danes hanya menunggu masa sahaja untuk dinobatkan sebagai pelakon profilik.

Oh ya, seperti yang sudah diceritakan, adegan akhir filem ini sangat memukau. Lebih hebat daripada adegan akhir teater dalam Being Julia dan Shakespeare in Love.

Tak percaya? Bolehlah tontonnya.




Labels:

posted by Jimi Wiser @ Friday, March 16, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart