Wednesday, March 14, 2007

Pan's Labyrinth



Kisah dongengan dan cerita rakyat untuk manusia dewasa. Itu yang aku simpulkan setelah selesai tonton Pan' s Labyrinth yang telah pun menang besar dalam anugerah Academy baru-baru ini ataupun sebelum itu, mana festival filem yang lain. Filem tentang kisah dongengan yang barangkali tidak digemari oleh kanak-kanak untuk ditonton yang barangkali membangkitkan kekeliruan, kemuraman , kesedihan.

Dan, ini bukan filem dongengan Alice dan Wonderland nya atau Never Ending Story tetapi aku boleh kaitkan dengan filem Finding Neverland yang dibintangi oleh Kate Winslet dan Johnny Depp.

Setelah selesai menonton filem Pan's Labyrinth, aku kagum dengan segala bentuk segi teknikal, solekan malah seni artistik yang dipaparkan. Memaparkan kehidupan fantasi yang paralel dengan dunia realiti yang kejam pasca kehidupan peperangan Franco Spain pada sekitar 1940 an.

Malah, aku mungkin keterlaluan mengatakan filem ini lebih baik sudut dongengan nya jika dibandingkan dengan trilogi LOTR ataupun Narnia atau filem-filem yang berkaitan dengannya.

Ada sesuatu yang istimewa tentang Pan's Labyrinth.




Aku sebenarnya kurang arif dengan sutradara yang bernama Guillermo del Toro ini yang mengarahkan filem Pan's Labyrinth. Demam Oscar turut juga menamakan dua lagi sutradara Mexico Alfonso Cuaron (Children of Men) dan Alejandro González Iñárritu ( Babel) sebagai Three Amigos yang membawa kebangkitan Mexico Waves dalam sinema pembikinan Hollywood dengan garapan mereka yang unik.

Tidak hairanlah setelah menonton filem Pan's Labyrinth ini, ada sesuatu perasaan wujud. Seperti perasaan merintih. Seperti temanya sangat kejam dan sangat menyedihkan tetapi cukup indah sifat filemnya. Perasaan ini juga wujud ketika aku menonton Babel dan Children of Men. Ah, mungkinkan saja Three Amigos ini merealisasikan realism kekejaman dunia sebalik filem-filem fantasi mereka? Hanya mereka bertiga sahaja yang arif dan bijaksana.





Sinopsis

Untuk diringkaskan bagi teman-teman yang mahu mengetahui sinopsis ceritanya:

Kisah ini mengisahkan seorang anak kecil perempuan yang hidup penuh dengan fantasi. Mempercayai dengan kisah dongengan pari-pari. Ibunya terdesak mengahwini jeneral tentera yang kejam yang bersembunyi di tengah hutan. Keadaan ketika itu gawat, dengan suasana politik yang kelam-kabut. Pengausaan Franco Spain telah menyebabkan tentera fasis lari dan tinggal di dalam hutan.

Ofelia, anak gadis kecil itu begitu obses dengan dunia fantasinya pada satu hari didatangi oleh pari-pari yang membawa dia ke sebuah " labyrinth", dan akhirnya bertemu dengan dunia fantasi. Berjumpa pula sang makhluk yang bernama Fauna, yang memberitahu sebenarnya Ofelia adalah seorang puteri yang dibangkitkan untuk meneruskan misi mereka. Ofelia harus menyempurnakan 3 masalah untuk akhirnya menobatkan dirinya sebagai seorang puteri.
Pada masa yang sama, dunia realiti yang paralel menghadapi kekejaman.

Ibunya semakin sarat mengandung anak keduanya, anak kepada jeneral tentera yang kejam itu. Bapa tirinya itu tidak begitu menggemari Ofelia. Ofelia terdesak dan terpaksa untuk berbaik dengan bapa tirinya dalam suatu percubaan yang sangat mustahil.

Ofelia pada satu masa diminta oleh sang makhluk Fauna pada akhirnya menyerahkan adik nya yang baru dilahirkan itu diserahkan padanya. Ofelia menghadapi keputusan paling berat samada mahu menyerahkan adiknya itu untuk manaiki takhta sebagai puteri raja ataupun mengorbankan dirinya.



Betulkah Fantasi Itu?

Ciri ini mempunyai kesamaan tema sepertimana yang digambarkan dalam filem Finding Neverland, Jimi tertanya-tanya adakah benar Ofelia bertemu dengan sang pari-pari ataupun menyelesaikan tugas-tugas berhadapan dengan katak gergasi atau makhluk-makhluk aneh itu?
Pada saat yang sama, Jimi merasakan Ofelia sebenarnya terbuai dengan fantasi ciptaannya kerana dia menghadapi dunia yang kejam dan penuh penderitaan. Ibunya sakit menderita dan dia diseksa oleh bapa tirinya. Hidup ketika dan saat itu sangat gelap dan mungkin Ofelia telah menjumpai dengan escapism nya dengan mencipta dunianya yang sendiri, yang mendakwa dirinya sendiri adalah seorang puteri raja.

Pada saat fikiran Jimi berfikir tentang itu semua, dan Jimi terpaku kerana tidak dapat menemui penyelesaian. Ini adalah sebuah filem fantasi dongeng yang sukar untuk dicernai atau dikunyah. Pada saat yang sama, Jimi kagum dengan keseluruhan tata seni seperti dunia fantasi yang dicipta oleh Guillermo del Toro itu sungguh mengkagumkan. Bayangkan makhluk yang mempunyai sepasang mata yang terlekat di kedua-dua tangannya!





Satu perkara yang sangat menghantui Jimi saat ini ialah mengingatkan humming/lullaby atau dodoian yang dinyanyikan oleh penjaga Ofelia, Mercedes yang cukup menyentuh perasaan. Dodoian itu dijadikan tema runut bunyi keseluruhan filem Pan's Labyrinth ini cukup menceritakan perasaan Ofelia yang penuh kelihlasan itu yang sanggup berkorban demi adiknya yang baru sahaja dikenalinya itu, tetapi sanggup pertahankan juga dari apa juga godaan.

Barangkali, itulah tema yang ingin disimpulkan da;am naskah Guillermo del Toro ini, hanya keikhlasan dan kasih sayang dapat meredakan kekejaman dan penderitaan di dunia ini.

Seperti Jimi titipkan sms kepada beberapa teman selepas menontonnya. " No wonder this movie won several big awards, memang layak"

Kerana Jimi melabelkan Pan' s Labyrinth ini setelah menontonnya " frustratingly and heartbreaking that is beautiful". Is that make sense at all?

Pengakuan: I did cried at the last scene. The music and the humming is really sad. Do watch this trailer and its soundtrack to catch this sorrow and sadness.


Trailer Pan' s Labyrinth



Dengarkan suara dodoian wanita itu yang sangat menyedihkan





Mainan piano alunan soundtrack Pan's Labyrinth

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Wednesday, March 14, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart