Monday, March 12, 2007
|
Mukhsin
|
 I saw Mukhsin yesterday. It was not good like the rest of her works.
Br abis tgk Mukhsin kt tgv klcc. Aku suka sgt. Harus aku tgk lagi. I love it. Bravo Yasmin.
Adalah antara sms- sms yang Jimi terima sepanjang tayangan Mukhsin yang kini kian rancak ditayangkan. Jika dikutkan, Mukhsin adalah filem ketiga sekiranya tidak dicampur dengan Rabun. Tetapi, keseluruhannya Yasmin telah pun menghasilkan Rabun, Sepet, Gubra dan Mukhsin adalah yang paling terkini.
Nama Yasmin Ahmad adalah nama yang cukup dikenali kini. Begitu juga dengan nama pengkritik beliau seperti En. Akmal Abdullah, penulis kolum Berita Harian yang setiap kali kolumnya akan melampiaskan seribu kritikan terhadap Yasmin Ahmad seperti ' mencemarkan budaya Melayu', festival filem nyamuk dan whats not.
Begitu juga dengan nama penerbit yang mengaku semahu-mahunya dia adalah seorang yang gila glamour Raja Azmi, perempuan yang menyalak-nyalak gila dalam dewan badminton, memarahi ketidakadilan penjaga garisan. Wanita ini juga membuat beberapa percubaan siri tema semangat Malaysia Boleh seperti meletakkan adik iparnya Rashid Sidek sebagai pelakon utama filem dan beberapa sanak saudara dalam filem-filemnya. Betapa cantik resumenya sebagai insan seni, bukan?
Agaknya, memang cukup mencabar menjadi Yasmin Ahmad, di kiri dan kanan ada sahaja yang mengkritik beliau. Malah, kadangkala kritikan itu hanya ditujukan kepada dia semata-mata tanpa kita merujuk kepada beberapa filem yang mungkin kita boleh labelkan sebagai pencemar budaya. Seperti filem rempit pelakon wanita meletakkan jarinya daripada lutut sehinggalah ke pusat lelaki. Dalam sebuah filem komedi seram dan suam-suam kuku, kepala semua orang dijadikan bahan pukulan tangan sekali diungkapkan dengan perkataan bodoh seberapa banyak mahunya.
 Yang menjadi persoalan ialah, adakah ini budaya orang melayu sepertimana orang lain mengkritik Yasmin menyuruh semua wanita berkemban dalam filemnya Sepet. Dan, lihatlah sekarang semua artis dan selebriti sanggup berkemban untuk red carpet Oscar di Bukit Bintang pukul 7.30 pagi dan membuat komen dungu dan tolol seperti " Saya pilih Blood Diamond sebagai filem terbaik, kerana sebagai wanita saya sukakan berlian" (dungu kerana tidak mengetahui Blood Diamond tidak akan dan tidak pernah mendapat pencalonan untuk Filem Terbaik!
Hari ini, dalam ruangan komentar Berita Harian, saya terbaca seorang wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia menyifatkan filem Mukhsin sebagai filem yang mendekatkan anak-anak yang baru sahaja mencapai baligh ke arah perbuatan zina.
Sangat menakutkan. Betul, pada 9 hb Mac, aku menontonnya dan aku juga berdosa dan bersubahat kerana filem ini akan menggalakkan anak muda ke arah zina. Filem ini tidak kena dengan budaya Melayu yang terkenal dengan kesucian dan kegemilangannya.
Wah, bila aku mengingatkan itu. Rasa takut sangat. Takut dengan segala kritikan itu. Dan, aku terbayangkan diri sekiranya menjadi Puan Yasmin Ahmad, bagaimanakah agaknya dia bangun pagi bila menghadapi semua ini?
Pernah kalian menonton filem sulung Heavenly Creatures arahan Peter Jackson? Filem itu melibatkan dua anak gadis remaja sekolah yang bosan dengan kehidupan mereka dan mencipta impian dan fantasi yang akhirnya menjebakkan diri dalam dunia lesbian. Kalau begitu, Peter Jackson adalah pencemar budaya begitu juga pelakonnya Kate Winslet dan Melanie Linskey.
Tetapi, setelah Jimi menontonnya, tidak ada lah pulak Jimi mahu menceburkan diri sanggup membunuh emak sendiri sepertimana yang ada dalam filem tersebut.
Oh aku lupa. Mereka orang putih. Mereka memang tidak beradab dan bermoral. Kita melayu. Biar mati anak jangan mati adat.
Kadangkala, orang melayu cepat sangat melatah. Kerana melatah itu tidak pernah dihidapi penyakit atau sindromnya oleh kaum atau bangsa lain. Entahlah, Jimi bukan pakar sosiologi. Budaya? Kerana budaya itu melambangkan kehormatan sesuatu bangsa, maka banyak sangatlah manusia yang suka melabel itu dan ini.
Dalam masyarakat yang suka membuat kontroversi bermusim (seperti melalak-lalaknya kes makanan segera sekarang ini), Jimi agak selepas ini Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat akan pula membuat siasatan tentang pencemaran budaya dalam filem Mukhsin tentang pengaruh remaja ke arah zina yang terlarang.(mungkin lah kan, jimi teka sahaja)

Jadi, Jimi takut. Takut dengan reaksi masyarakat yang cukup sensitif dengan kemelayuannya. Takut benar kerana apabila Jimi menonton filem Mukhsin tempohari, apa yang Jimi nampak
1. Jimi teringatkan zaman kecil-kecil Jimi bersama 4 lagi adik beradik yang lain. Empat lelaki dan seorang perempuan. Yang bongsu tu perempuan. Kami memanjat popok besar di belakang stesen kereta api . Kemudian, ibu Jimi datang dengan kayu. Menjerit supaya balik. Bimbang jika terjatuh. Bila Jimi tonton Orked dan kawan-kawannya bermain, Jimi betul-betul teringatkan semua itu. Adik Jimi yang bongsu tu tidak tercemar budayanya biarpun abang-abangnya lelaki, suka main bola sepak. Bahagia dan sudah berkahwin. Elok budi bahasanya seperti Oked. Pandai mengaji pula tu. Menang Musabaqah peringkat daerah Kinta, you.
2. Jimi teringatkan cinta pertama Jimi. Alah, takkan Oked ngan Mukhsin je ada cinta monyet pertama. Cinta Jimi pertama anak cikgu. Sabrina namanya. Hari-hari main basikal. Apa yang Jimi buat, dia pun buat termasuklah main baling selipar. Bila, Sabrina pindah ke Melaka, Jimi hancur hati remuk redamnya. Dia dah bahagia, ada anak dua dah. Rasanya, adat dan budaya dia tak tercemar pun.
3. Bila Jimi tengok Mak Inom dan Pak Itam, Jimi teringatkan romantiknya sepasang sumai isteri Melayu di kawasan jiran Jimi. Tua dah, 70 an usianya barangkali. Pagi-pagi berjalan ke pasar berpegang tangan. Suaminya yang menjinjing semua beg plastik. Bila ditegur maka sempat sejam dua jam duduk di rumah bergebang. Romantiknya, sampai geli nak menengoknya, kata seorang jiran lagi. Agaknya, inilah situasi yang cuba dipaparkan oleh Yasmin , ada orang romantik sampai sanggup menduakan isteri yang sedang sarat bunting, ada yang terlalu romantik sanggup dikatakan mengada-ngada sampai nak muntah. Faham benar tu, tipikal orang Asia, mana boleh terlalu ekspresif. Ha, kan Linda Onn tu dah hampir nak dibuang kerana sudah emosi mempertahankan maruah dan budayanya!
Entahlah, Jimi ni orang Melayu juga. Jimi mungkin dah terpengaruh dengan budaya barat yang kuning dan kotor tu agaknya. Kerana Jimi nampak cinta monyet tu ada di mana-mana. Takkanlah kita tak pernah rasa bercinta dengan cikgu kita. (mesti kalian pernah crush dengan cikgu kalian bukan). Atau, mungkin kalian pernah ada hati dengan senior atau junior kalian yang belajar di tahun 6.
Jimi rasa filem Mukhsin cukup melayunya. Budak-budak bermain galah panjang. Budak-budak bermain kahwin-kahwin (Sapa sahaja pun mungkin pernah mengalaminya bukan?) Kak Yam sibuk mengajar Oked dan Mukhsin mengaji al-quran. Orang Melayu pun terkenal dengan sikap suka mengumpat. Pun ada Yasmin selitkan juga. Budak kecil pun dah pandai mengumpat. Wah, sangat kaya budaya Melayunya.
Apa yang mungkin kalian rasa tak selesa mungkin sahaja Mak Inom dan Pak Itam yang mungkin mengada-ngada. Cakap orang putih dalam rumah. Sanggup bercapuk nak masuk dalam rumah. Ada ke agaknya orang macam tu dalam budaya Melayu kita?.
Kata Yasmin, ada. Ayah dan ibunya. Hmmm
Kalian kata, itu bukan budaya Melayu. Hai, teruklah si Yasmin nak menjawab lagi. Rosyam Nor buat iklan hebat di tv1 dengan tajuk forumnya; Yasmin Ahmad meneruskan tradisi mencemar budaya dalam filem-filemnya. Mungkin mereka akan jemput Mufti Perlis yang agak popular dan kontroversi kebelakangan ini. Takutnya, bukan?
Jimi tidak menangis pun bila menonton Mukhsin. Jimi cuma rasa bahagia dan tersenyum sendirian. Semua orang ada cinta pertama untuk diceritakan. Betul, bila Jimi tengok Jimi rasa teringat kepada kenangan-kenangan itu semua. Jimi tengok rumah, sawah-sawah padi semuanya besar dan gah daripada Mukhsin dan Oked. Agaknya, lanskap itu mengingatkan betapa kita cukup kerdil waktu kita kecil, tetapi kita tahu apa itu kekhlasan bila berkawan dan bersahabat sungguhpun dunia itu besar dan gah. Jimi sukakan kesahajaan cerita Mukhsin.
Macam kawan Jimi tonton, aku rasa macam menonton kisah diri aku sendiri. Tentu sahaja ianya lebih baik dari tengok orang cicak terpijat-pijat mengada-ngada bukan?
Entah lah, Jimi sukakan Mukhsin. Jimi rasa Jimi tidak berat sebelah. Kerana Jimi tidak sukakan Gubra. Jimi cakap Rabun setakat ok sahaja. Tetapi, Jimi suka Sepet. Jimi tak lah puji melambung Yasmin Ahmad. Jadi, Jimi tak faham orang kata Mukhsin membawa kepada zina dikalangan budak hingusan. Betul, Jimi tak faham.
Entahlah, Jimi pun mungkin sudah mencemarkan budaya Melayu Jimi, kot. Jimi pencemar budaya Melayu dengan menampilkan ulasan filem-filem Inggerisnya yang sesat itu. Wah, tentu itu tajuk yang bagus bagi Rosyam Nor untuk sesi forumnya; Ulasan Blog Jimi Wiser Pencemar Budaya , tentu glamour macam Raja Azmi.
Ini adalah ulasan Jimi yang paling mengarut pernah ditulis. Yang penting, Jimi suka Mukhsin. Ya, Jimi pun mungkin pencemar budaya.
(untuk baca ulasan-ulasan hebat, noir ke tak? naratif ke tak? Visual sinematografi outstanding ke tak? Meniru pedro ke atau zhang yi mou ke tidak, hah, baca lah penulis blog lain yang sudah banyak menulis tentang Mukhsin!)Labels: filem |
posted
by Jimi Wiser @ Monday, March 12, 2007

|
|
|
|