Monday, February 05, 2007

Little Miss Sunshine

Setiap tahun, akan ada sebuah filem kecil yang mendapat perhatian peminat filem. Filem kecil yang lazimnya disinonimkan dengan takrifan indie atau berbajet kecil ini akan mendapat perhatian dengan keunikannya. Filem kecil ini selalunya dibintangi oleh bintang ternama, yang selalunya niat membintangi filem ini, bukan berdasarkan upah lumayan tetapi kepuasan melakonkan karakter tersebut, berbanding lakonan-lakonan mereka dalam filem besar.

Jika tahun lalu, filem Transamerica berjaya mendapat perhatian dan nama Felicity Huffman menjadi gah dengan lakonan beliau sebagai lelaki transeksual. Maka, pada tahun ini, Little Miss Sunshine menjadi sebuah filem yang disebut-sebut. Sebuah filem berbajet kecil(malah hampir tidak jadi pembikinannya gara-gara tiada duit!) yang akhirnya merentasi festival filem ke festival filem yang lain. Dan, akhirnya paling besar dinobatkan dan dinominasikan sebagai salah sebuah Filem Terbaik Academy Awrds 2007 yang akan berlangsung 25 Februari ini.

Hakikatnya, Little Miss Sunshine tidak sukar ditepis godaannya. Menikmati filem ini sangat mengujakan bagi diriku. Apatah lagi, filem ini mempersembahkan lapisan demi lapisan kefahaman serta mesejnya yang boleh kita kutip. Baiklah, lupakan apa yang aku katakan tentang lapisan-lapisan yang barangkali membuatkan kalian sukar untuk mengertikannya.

Cukuplah, secara peribadinya aku katakan , Little Miss Sunshine adalah sebuah filem yang baik tahun ini. (hmmm tahun lepas lah kan, sebab filem ini sudah lama disebut-sebut).


Meminjam kata-kata yang selalu dititip oleh En. Jamri, Ada Apa Dengan Little Miss Sunshine?

Aku mulakan dengan sinopsisnya. Kisah sebuah keluarga yang sangat disfungsi. Penuh dengan kekeliruan. Sudah pasti jauh dari kesempurnaan " picture perfect", keluarga yang sempurna bagi istilah sesetengah orang.

Si ayah yang sedang bertarung dengan kerjayanya. Mencipta modul motivasi 9 Langkah Untuk Berjaya, mudah-mudahan pakej tersebut mendapat sambutan. Sifatnya yang barangkali terlampau positif dan berterus terang itu sangat menyakitkan hati ahli keluarganya.

Si ibu pula seperti kebanyakan ibu-ibu yang lain. Jujur, pelindung dan sangat memahami. Kesempurnaan itu cuba diusahakan sebaik mungkin. Tetapi, apabila dikelilingi oleh ahli-ahli keluarga yang sangat " gila" kadangkala membuatkan dirinya hilang sabar.

Si datuk pula mempunyai pelbagai ketagihan. Porno, arak, heroin yang mungkin sangat menjengkelkan. Namun, kerana dia adalah datuk kesayangan maka, anak-anak boleh mendekatinya tetapi ayahnya pula cuba menjauhinya.

Si abang sudah membuat deklarasi tidak akan bercakap dengan sesiapa pun. Tanda protes kepada dunia dan sekelilingnya yang mungkin tidak mampu memahami isi hatinya. Dia hanya mahu menulis nota sebagai alat komunikasi dengan ahli keluarganya.

Si adik bongsu sangat obses dengan pertandingan ratu cantik. Hajat dan impian di hatinya mahu memasuki pertandingan ratu kecil. Keinginan itu menyebabkan setiap hari dia kan berlatih melakukan rutinnya, seperti baju cantiknya, persembahan dan sebagainya. Tetapi, dia bukanlah yang tercantik. Memakai cermin mata besar, sedikit tembam, sentiasa lurus bendul , barangkali belum menyedari dunia ratu kecantikan yang penuh dnegan kepalsuan itu.

Datang pula, pakcik mereka. Pak cik yang baru sahaja diselamatkan daripada percubaan membunuh diri kerana kekasih gaynya meninggalkannya.

Kegilaan ahli keluarga ini sangat melucukan, menyedihkan dan tercuit perasaan hati. Ini kerana kesemuanya mengambil keputusan menaiki sebuah van buruk memberikan sokongan menghantar Olive menyertai pertandingan ratu cantik kecil. Maka, perjalanan yang jauh itu mencetuskan pelbagai kisah lucu, sedih, pilu yang akhirnya telah merapatkan hubungan, barangkali selama ini tidak disedari oleh mereka.


Little Miss Sunshine adalah sebuah filem yang membuatkan aku terbahak-bahak ketawa keseorangan menontonnya. Ia juga membuatkan aku tidak pasti bagaimana untuk memilih samada mahu ketawa atau menangis atau juga sedih kerana kebanyakan adegan itu diolah sedemikian rupa. Ia juga adalah sebuah filem road movie yang seperti genre road movie yang lain; berakhir dengan kesimpulan bahawa pengakhiran kembaraan mereka sebaliknya adalah sebenarnya permulaan bagi perjalanan mereka. (If u really know what I meant)

Filem ini tidak boleh diklasifikasikan (how some people like to stereotype and classify everything, kan) sebgai genre " feel good movie " seperti selalunya. Dan, aku tidak mahu mengkategorikan filem Little Miss Sunshine sebagai black or satirical comedy kerana ia tidak mempunyai prinsip jelas sebegitu. Filem Little Miss Sunshine juga tidak seratus peratusnya lucu, dan kadangkala mempunyai mesej yang cukup menyindir dan sinikal terhadap stereotaip masyarakat kepada beberapa isu.

Filem Little Miss Sunshine harus ditonton kerana mungkin anda mahu menonton ensemble lakonan yang terbaik, yang telah pun memenanagi pelbagai anugerah. Atau, filem Little Miss Sunshine ditonton kerana ia sebuah filem road movie yang bagus.

Ia juga harus ditonton kerana anda mungkin dapat mempelajari satu atau dua betapa kita sebagai manusia dewasa seringkali dan acapkali meminggirkan dunia dan perasaan kanak-kanak. Bagaimana dunia kita tidak selari dengan dunia mereka, dan akhirnya kita menjerat sifat semulajadi mereka yang periang, ceria, mahu mencuba, percaya kepada diri sendiri kepada kita yang mungkin sinikal dan pesimis terhadap kehidupan kita.


Aku mahu menamatkan ulasan aku dengan menceritakan kisah, bagaimana pada hari Raya tahun lalu, aku bertanya soalan kepada anak saudaraku yang berumur 9 tahun. Ulang semula, dia berumur 9 tahun. Aku bertanya mengapa dia tidak makan aiskrim yang kubelikan. Dia menjawab, dia sedang diet dan takut untuk gemuk. Aku sangat terkejut bagaimana anak saudaraku yang berumur 9 tahun ini sudah obsess dengan konsep " cantik itu semestinya kurus kering "

Dalam adegan filem ini, apabila Olive dilarang oleh ayahnya supaya tidak memakan ais kegemarannya, dengan alasan semua ratu cantik kurus dan tidak makan ais krim. Persepsi ayahnya membuatkan Olive keliru, dia menjadi tidak tahu apa yang diinginkannya dan akhirnya dilema wujud dalam dirinya, samada benarkah dia layak untuk menang ratu cantik dan seterusnya mengakibatkan dia kehilangan harga dirinya buat seketika. Sangat bahaya!

Sungguhpun, adegan filem ini dibuat secara komedi, aku sangat terharu kerana adegan ini begitu penting bagi anak-anak kecil yang keliru dengan konsep kecantikan dan kepercayaan diri. Konsep kecantikan yang dijerit lolong oleh iklan, bahawa putih itu cantik dan hitam itu hodoh. Atau kurus kering macam galah itu cantik. Kerana akhirnya, pada akhir adegan ini, disimpulakan Olive sangat yakin kepada dirinya walaupun dia mungkin tidak memenangi anugerah tersebut. Sekurang-kurang nya dia percaya bahawa kejujuran diri itu sangat penting.


Berapa banyak bintang Hollywood yang cantik dan jelita terperangkap dengan keraguan dan kekeliruan diri sendiri.? ( contoh Uma Thurman mengaku dia mempunyai konsep dia sangat gemuk apabila melihat cermin !)

Kepada ayah-ayah dan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, hati-hati menanamkan konsep " percaya dan yakin diri" ini kepada anak-anak anda. Anak anda mungkin bakal menjadi Olive yang bahagia dengan kehidupannya, atau berjaya menjadi cantik seperti Uma Thurman tetapi jiwanya kosong.

Dan saat ini aku terkenangkan dan kasihankan anak saudaraku itu yang sudah mula diet walaupun berusia 9 tahun. How pathetic is that?


Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, February 05, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart