Thursday, January 25, 2007

Half Nelson



Soalan : Apakah persamaan yang ada antara Justin Timberlake, Christina Aguilera dan Ryan Gosling?
Jawapan:
Mereka semuanya daripada bakat kecil yang diasah oleh Disney melalui Mickey Mouse Club.

Dan, lihatlah sekarang. Ryan Gosling baru sahaja diumumkan sebagai calon Aktor Terbaik untuk anugerah Oscar 2007. Tentu sahaja lakonannya ada sesuatu yang melayakkan beliau dicalonkan antara lima yang terbaik.

Ini adalah sebuah filem yang anda tonton bukan kerana sebab-sebab sinematografi cantik dan indah atau nilai-nilai komersil yang ada. Lakonan yang ampuh persembahan Ryan Gossling telah disebut oleh pengkritik-pengkritik sebagai " powerful, tour de force". Hmmmm

Soalan seterusnya: Apa kata anda sekiranya anda mengetahui bahawa anak anda belajar di sekolah dengan seorang guru yang menagih dadah?

Soalan berikutnya: Apakah yang anda lakukan sekiranya anak anda bersahabat akrab dengan guru tersebut?


Sudah tentu Half Nelson bukan sebuah filem inspirasi feel good movie yang kedapatan dan lazimnya aku tonton. Half Nelson menelanjangi realiti kehidupan dengan menceritakan apa yang dahsyat, apa yang sebetulnya dan selayaknya digambar dunia sosial Amerika yang digambarkan sangat pincang itu.

Apa yang menakutkan bagi aku ketika menonton ini, adalah sejumlah kandungan elemen realiti yang tidak berselindung. Mungkin agaknya ini rencah baru perfileman Amerika seperti yang telah aku tonton dalam filem Pursuit of America, Crash mahupun Babel. Maaf, tiada unsur utopia dalam filem ini atau bagi anda yang suka menakrifkannya sebagai terlalu idealis.

Ini adalah sebuah filem yang mungkin dibenci oleh anda yang sukakan nota kegembiraan di hujung kredit ataupun watak-watak romantis yang menggambarkan idealis watak-watak tersebut. Bukan dan bukan.

Barangkali, kerana jalan cerita Half Nelson yang dipaparkan sedemikian rupa menganugerahkan terma-terma pengkritik seperti " thought provoking, deep" dan apa sahaja lagi. Barangkali juga, kerana Half Nelson dipaparkan sedemikian rupa, ramai jugalah yang berkata filem ini keluar daripada arus perdana atau hasil indie.


Sinopsis

Hari siang berganti malam. Permulaan cerita dimulakan Dan memulakan harinya dengan darjah yang kebosanan dan kelesuan. Dan seperti mahu terpaksa meneruskan hidupnya. Di dalam keretanya, membaiki fizikalnya dengan cuba menghilangkan lebam matanya yang merah atau cuba berlagak segak dan kemas. Dia bukan bangun kesiangan. Tetapi dia menghadapi hari-harinya dengan menagih dadah.

Dan, dia bertugas sebagai seorang GURU. Pendidik yang apabila semangatnya ditemui sifat normalnya pengasih dan penyayang, membimbing anak didiknya bermain bola keranjang dan mengajar sebuah subjek yang penting iaitu sejarah.

Tetapi, kebanyakan masanya, Dan bukanlah Dan yang sebenarnya. Ketagihannya memaksa dirinya menipu dunia nyata dan mengambilnya sebagai perangsang yang palsu baginya menghadapi dunianya.

Sehinggalah suatu hari dia ditemui ketagihan dalam sebuah tandas sekolah oleh anak muridnya sendiri.

Yang mengejutkan, anak didiknya itu kemudiannya bersahabat dengan Dan. Yang tidak ditemui anak muridnya, adalah perbualan manis tentang hidup tidak ditemuinya ketika bersama teman-teman sepermainannya. Barangkali juga, Dan juga tidak menemui kemanisan perbualan menarik dengan rakan sekerjanya yang lain. Maka, terciptalah sebuah persahabatan yang unik.

Persoalan prinsip dan ideal seperti guru itu harus mendidik dan membimbing menghantui Dan. Belenggu dan kekeliruan ini kadangkala menjerat dirinya. Dan tidak mahu menjadi orang yang tidak berguna. Tidak mahu menjadi contoh yang tidak baik kepada anak didiknya itu.



Saat itu kemampuan manusiawi Dan terbatas dan terhalang.

10 nota ringkas Jimi tentang Half Nelson.

1. Persahabatan yang unik dan pelik terjalin antara guru dan anak murid.
2. Belenggu kesyaitanan, nafsu dan keinginan mahu menjadi manusia baik terjerat dan menyesakkan dalam jiwa Dan.
3. Realiti dunia dan kehidupan Amerika yang pincang.
4. Sekali lagi menunjukkan kepincangan sistem sosial masyarakat terutamanya kaum kulit hitam Amerika.
5. Bagaimana subjek sejarah menjadi analogi kesengsaraan Dan untuk mengajar anak-anak didiknya tentang isu kulit hitam dan putih yang sangat memenatkan.
6. Realiti kegetiran dan kesukaran penagih untuk kembali normal.
7. Penamat yang memerlukan aku mencari titik keputusan sendiri.
8. Kesibukan mencari duit menjadi sebab anak terbiar.
9. Kanak-kanak digunakan sebagai pengedar dadah kerana kemiskinan.
10. Satu kitaran yang mustahil untuk dipadamkan – kemiskinan dan masalah sosial kaum kulit hitam.




Apabila aku menonton lakonan Ryan Gosling, aku sangat kagum dengan garapan, cara dia membawakan dan keseluruhannya menjayakan watak itu. Apabila aku menonton lakonannya aku teringat pula dengan lakonan Guy Pearce dalam filem Memento. Lakonan Guy Pearce cukup bagus.

Sudah tentu aku akan mengatakan Guy Pearce cukup bagus dalam filem-filem lakonannya dahulu. Tetapi, aku mula mengkagumi Guy Pearce setelah menonton Memento bukan dalam lakonan hebatnya dalam LA Confidential. Sama juga seperti Ryan Gosling, sudah tentu aku menonton filemnya seperti Notebook, Murders by Numbers dan mengatakan dia sangat berbakat. Tetapi, menonton lakonannya dalam Half Nelson membuatkan aku terfikir sejenak. Now, he is just a beyond good.

Sudah tentu jika anda tidak menonton Half Nelson lagi, anda akan skeptical dengan pesimis manusia penagih. Ohh great, another sympathic role for a drug addict. Dan, menonton filem ini terutamanya menghayati watak Dan, terdapat berbagai perasaan tercipta. Watak Dan begitu simpatatik, sensitif, mempunyai logik, kadangkala menjengkelkan dan kebanyakannya sangat mengharukan.

Nah, mungkin kerana perasaan yang pelbagai wujud setelah menonton lakonan " sulung "nya ini, aku tidak hairan pengkritik menakrifkannya sebagai tour de force!

Tahniah Ryan Gosling ! Kadangkala, aku tergambarkan dan terbayangkan lakonannya sebagai watak remaja nakal dalam sebuah siri drama remaja di atas kapal percutian yang aku tonton di tv2 baru-baru ini. Wah, sungguh berubah anak muda ini. Daripada Mickey Mouse Club - alumni- kini menjejak karpet merah, tercalon bersama Leornado Dicaprio – tentu sahaja manis yang dirasainya.

Khabarnya dia mahu mengarah sebuah filem kecil. Akan aku tunggu naskahnya. Aku tahu, dia ada visi yang jelas. Dia tidak mahu menjadi sebuah muka lelaki yang comel sahaja.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Thursday, January 25, 2007  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart