Wah, tiga perenggan untuk menceritakan pengenalannya, dan aku belum mulakan sinopsis filem ini.
Di benua Asia; Seorang remaja perempuan. Pekak tetapi dia tidak buta. Dunia tidak sedar atau bebal dengan dunia pekaknya. Sensitif, menyendiri dan suka berbalah. Kecewa dengan kekurangan dirinya barangkali. Atau kecewa dengan kematian bunuh diri ibunya yang dilihatnya sendiri. Seperti dunia begitu asing. Kecewa, sedih dan pilu. Seolah merintih mahu didengari, disayangi. Tetapi, semua bagai tidak memperdulikannya.
Lakonan Rinko Kikuchi sebagai gadis pekak yang mendapat pujian telah memenangi beberapa festival filem kategori Breaktrough Performance ! She is my fav character in this film.
Keempat-empat kisah utama ini barangkali asing dan tidak berkesinambungan antara satu sama lain. Tetapi, nanti dulu. Keempat-empat kisah utama ini disambungkan oleh satu sama lain yang akhirnya menyelesaikan teka-teki mengapa perlunya ada hubungkait sebegitu rupa. Nak tahu apakah yang menyambungkan keempat kisah ini? ( go and watch ur self)
Sungguh bijaksana. Babel telah menggabung jalinkan keempat cerita ini merentasi tiga benua dalam dunia, lima bahasa asing yang akhirnya bertemu di puncak segalanya, yang menyimpulkan beberapa tema kemanusiaan yang umum seperti kasih sayang, cinta, kesedihan dan kepedihan hidup, kekejian manusia yang bertopengkan binatang, ketidaksamaan dan ketidakadilan yang akhirnya digalas oleh satu tema iaitu kasih sayang yang luhur.
Aku banyak berfikir dan terfikir selepas menonton dan ketika menontonnya.
1. Terkedu apabila seorang wanita Arab membacakan al-fatihah mendoakan segera sembuh luka di bahu watak isteri yang dipegang oleh Cate Blanchet.
2. Kisah remaja perempuan Jepun yang sangat menyentuh perasaan, apabila suntingan bunyi yang disusun kemas. Kadangkala, bunyi didiamkan, sebagai pernyataan perasaan watak seorang yang pekak. Yang sentiasa sunyi dalam hidupnya.
3. Sebalik perbezaan bahasa dan bangsa, perkara terpenting dalam kehidupan kita adalah keluarga dan kasih sayang. Dan, keempat-empat cerita utama ini menjelaskan segalanya sebalik halangan dalam kehidupan mereka.
4. Kesinambungan watak-watak yang sangat berjaya dilakonkan oleh kesemua watak yang dilakonkan. Ini adalah salah sebuah ensemble film yang terbaik pernah aku tonton.
5. Sebalik kepantasan shot, suntingan dan peralihan watak ke satu watak yang lain, filem ini tidak kering. Maksud aku, emosi berjaya dipaparkan dengan baik. Ada emosi yang mendalam yang boleh diinterpertasikan dengan begitu puitis sekali.
6. Dan, emosi itu berjaya disempurnakan dengan latar lagu yang digubah oleh pemenang anugerah lagu runut bunyi Gustavo Santoala dalam filem The Motorcycle Diaries.
7. Bagaimana sang sutradara berjaya memberikan adaptibili kepada mood sosial masyarakat samada di Timur Tengah, Jepun atau negara Latin, masing-masing mempunyai perasaan dan ekspresi sosial yang indah dan tersendiri.
Lakonan Garcia Bernal yang sebelum ini mahsyur dengan The Motorcycle Diaries
Babel yang diarahkan oleh pengarah latin terkenal ini Alejandro Gonzales ini mempertemukan bintang-bintang hebat pelakon antara bangsa yang didukung oleh Brad Pitt, Cate Blanchet, Gael Garcia Bernal, Koji Yakusho, Adriana Barraza, Nathan Gamble, dan banyak lagi. Tidak ada satu daripada keempat cerita utama ini patut dikesampingkan atau ditolak ke tepi jika ia bersifat tidak penting. Sebaliknya, keempat-empat cerita begitu berjalan secara paralel dengan teknik suntingan yang hebat sehingga alun jalan cerita dilalui dengan begitu lancar.
Pada asalnya, aku memikirkan ia sebuah filem lagi tentang kesaksamaan yang dinobat habis anugerah Academy tahun lalu; Crash ( i dont really like CRASH). Pada asalnya aku berfikir, Brad Pitt dan cubaannya lagi untuk digolongkan sebagai ' method and elite actor’' apatah lagi dengan tema kemanusiaan yang berat membuatkan aku berfikir Ohh ini mesti pengaruh Angelina Jolie yang sibuk dengan misi kemanusiaannya. Pada asalnya juga aku terfikir, ini sebuah lagi filem pro Arab, konon-konon Hollywood tidak berpihak kepada Bush, dan sentiasa adil.
Dan, boy I was so wrong. This film is brilliant in many layers.
Baik, ketepikan apa orang kata lobi politik demam festival anugerah Oscar and whats not. Ini adalah sebuah filem yang tidak boleh dilepas peluang tontonnya. Malah, Babel lebih baik daripada Crash, Brokeback Mountain atau The Departed. ( Maaf yang lain seperti Volver, Bobby belum berpeluang tontonnya). Ketepikan semua itu, kerana filem ini kusimpulakan sebagai " disturbing and not so happy ending but an amazing masterpiece." Nah, bagaimana aku mahu menterjemahkan ke bahasa yang boleh kalian fahami.
Sudah pun dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Golden Globe Awards, mengalahkan dua filem Clint Eastwood, Dreamgirls naskah Bill Condon, The Departed naskah arahan Martin Scorsese. Waduh, berjaya mengalahkan semuanya (jika anda sedar filem – filem yang pernah mereka hasilkan), anda harus berbisik dan bertanya, filem ini mesti ada sesuatu yang unik sehingga diiktiraf sedemikian rupa!.
Aku tidak pasti jika Babel boleh dinobatkan Filem Terbaik untuk Oscar tahun ini, dengan kejutan mengejut seperti tahun lalu ( Crash mengalahkan Brokeback Mountain ? neither i like Brokeback Mountain ) , namun ini adalah filem yang berhak berada dalam lima filem terbaik dalam senarai calon nanti. Percayalah, it will prevail.
Trivia:
1. Rinko Kikuchi mengambil setahun lamanya untuk proses audisi untuk beliau terpilih dalam filem ini.
2. Peminat Bollywood, kenal pasti heroin Shilpa Setty , Mahima Chaudry dalam filem ini
3. Lakonan Michael Pena sebagai polis jahat juga muncul dalam filem ini dan juga dengan watak yang sama dalam well well well Crash!