Friday, December 29, 2006
|
Be With You
|
2006 mentup tirainya. Begitu jugalah dengan jurnal Jimi Wiser. Maka, sangat cocok kiranya Jimi menutup tirai 2006 dengan sebuah filem pilihan terbaik. I am saving the best for last. Ini sebuah filem yang dinobat Jimi sebagai terbaik yang ditonton sepanjang tahun. ( Filem ini dikeluarkan di Jepun tahun 2004, tetapi hanya pada tahun ini saja berkesempatan menontonnya)
 Introduksi
Ima, Wa Aini Yukimasu, yang bermaksud Be With You dalam bahasa Inggeris terjemahannya. Sebuah filem yang mempunyai ciri-ciri filem sempurna dari sudut segalanya yang membolehkan Jimi takrifkan filem terbaik ditonton sepanjang tahun.
Atau, lebih mudah bermaksud Ingin Bersamamu. Kisah penuh klise tetapi terkandung dan sarat mesej cinta yang romantis tetapi magikal merentasi 6 minggu yang penuh keajaiban. Filem yang penuh kasih sayang ini mengungkap bahawa kasih dan cinta ini akan kembali menemui soulmate anda jika ianya sejati.
Ini adalah sebuah filem yang meruntun dan mengharukan jiwa Jimi. Segalanya dan tentangnya, seperti jalan cerita, the execution of direction, lakonan penuh jiwa dan perasaan, latar lagu, visual sinematografi.
 Alkisahnya
Mio, Yuji, Taku - Potret Keluarga Bahagia. Mereka bahagia menempuh sebuah kehidupan. Taku yang melindungi isteri dan anaknya. Yuji, budak lelaki comel yang lincah dan ekspresif. Mio, wanita sempurna idaman setiap lelaki. Bahagia mereka sesungguhnya tidak berpanjangan.
Mio meninggalkan dunia akibat sakit. Dan, kehilangan ini sangat dirasai oleh kedua beranak, Taku dan Yuji. Terutamanya Yuji, yang merasakan pemergian ibunya adalah kerana dirinya. Kerana dirinya dilahirkan.
Yuji sibuk mengelek sebuah buku cerita pemberian ibunya.Yuji mempercayai setiap halaman buku itu. Dalam buku itu, tersebut kisah ibu yang akan datang kembali menemui anaknya ketika musim hujan. Ibu akan kembali menceriakan hidup anak dan si ayah selama enam minggu.
Maka, seperti yang dijanjikan dan dipercayai oleh Yuji, doa dan impian kedua anak beranak terkabul. Ibunya kembali tetapi dengan kosongnya ingatan dan kenangan bersama.
Maka juga, bermulalah bagaimana kisah cinta Taku dan Mio dititip kembali, bagaimana cinta mereka di bangku sekolah bersemi, bagaimana mereka menempuh segalanya untuk bersama dan mendirikan sebuah rumah tangga. Bagaimana kehadiran Yuji menyempurnakan kehidupan mereka.
Keseronokan dan kegembiraan dapat dikecapi semula. Rindu dan kasih bertaut kembali. Tetai hanya untuk sementara. Musim hujan bakal berakhir, dan seperti di halaman terakhir buku cerita itu, ibu akan kembali setelah musim hujan berakhir. Maka, Mio bakal kembali pergi buat selama-lamanya.
Patung Sunshine yang digantung terbalik, moga hujan dipanjangkan.
Ulasannya Jalan cerita dalam filem ini terlalu istimewa. Mungkin kerana konsep merentasi masa dan magikalnya adalah konsep yang sangat romantis buat aku. Sebuah lagi tema kehilangan dan pertemuan yang meruntun jiwa dan mengharukan perasaan. Babak demi babak disusun atur dengan nuansa melankolik dan sentimental, dan sesungguhnya ia tergolong dalam sebuah filem melodramatik yang terlalu comel.
Sudah pasti olahan filem ini dibuat dengan penuh kesegaran untuk mengelakkan dari tergolong dalam filem " been there and done that". Apatah lagi untuk membikin filem yang jalan ceritanya diadun dari klise filem cinta romantis akan menyebabkan penonton jemu dan jenuh.
Hakikatnya, filem ini mencatatkan sejarah tersendiri. Sebuah filem yang diadaptasikan daripada sebuah novel popular hasil nukilan Takuji Ichikawa yang berjudul Ima, Aini Yukimasu.
Populariti novel ini sungguh menyesakkan rakyat Jepun dan seorang pengarah mahu mengarahkan naskah buku ini. Sutradara tersebut Nobuhiro Doi yang sebelum ini pernah mencipta sejarah mengarahkan dua drama popular Jepun dan di Asia Tenggara suatu ketika dulu; Good Luck dan Beautiful Life (Masih lagi mengekal rekod rating paling tinggi di Jepun sehingga sekarang).
Menurut laman web yang aku baca, filem ini mencatatkan jumlah kutipan tertinggi pada tahun 2004. Filem ini telah ditonton seramai 3.8 juta penonton. Kutipan tiket mencecah sebanyak 48 juta dollar. Dan, kalau begini sambutan hebat, tentu sahaja filem ini terkandung keistimewaan tersendiri, yang wajib ditonton oleh anda semua pembaca laman blog Jimi Wiser!
Klise dan stereotaip adalah perkataan yang sangat tidak digemari. Tetapi, perhatian semua, kisah klise dan stereotaip ini mampu menggerak detik jantung dan hati anda untuk sama-sama menikmati filem ini. Garapannya menarik, tersusun kemas. Plot dan subplot tidak berlengah-lengah dan juga tidak termengah-mengah untuk berpindah dari satu babak ke babak lain. Sebenarnya, inilah keistimewaan filem Jepun. They are so unhurry in telling stories unlike Hollywood films.
 Istimewanya filem ini kerana;
1. Penggunaan beberapa simbol dan metafora seperti hujan dan sifatnya yang romantis. Tetapi sebahagian kita, tidak sukakan hujan. Tetapi, hujan diertikan dalam filem ini membawa maksud kebahagiaan. Apabila seorang menjerit musim hujan diganti dengan musim panas dengan kegembiraan tetapi Taku dan Yuji sangat kecewa ianya bakal berakhir, bererti ibunya akan kembali pergi.
2. Pada awal kisah, kelihatan Taku tidak bermaya mengayuh basikal sehingga dipotong oleh remaja perempuan. Tetapi, pada pertengahan filem, Taku berjaya memotong kayuhan remaja itu, dan ini membuatkan gadis itu terkejut besar. Taku menerima suntikan kebahagian, isterinya yang mati kembali hidup!
3. Watak-watak kecil tetapi unik dan menarik. Doktor peribadi Taku yang banyak mendengar masalah Taku dan mempercayai keajaiban 6 minggu yang diceritakan oleh Taku. Begitu juga, watak guru kelas Yuji yang sungguh manja dan unik. Apabila Yuji mengadu bahawa dia mempunyai rahsia besar(bahawa ibunya kembali), guru itu berkata " Im so jealous that you have secrets."
4. Pemilihan pelakon yang sangat efektif. Shidou Nakamura terpilih sebagai pelakon lelaki mungkin bukan kerana dia terkacak seperti Takeshi Kaneshiro, tetapi kerana ekspresi wajah yang komikal dan unik, sesuai dengan wataknya sebagai ayah yang lurus. Siapa yang tak sukakan budak lelaki yang comel dan bijak seperti Akashi Takei, dan lakonannya sangat baik dan cemerlang. Yuko Takeuchi sebagai pelakon wanita sangat menyenangkan dengan raut wajah yang keliru, comel, kecewa dan segalanya. Sangat cocok gandingan mereka bertiga.
 Trivia
1. Jennifer Garner " Alias" bakal berlakon dalam filem yang diadaptasi daripada filem ini. Jennifer yang sangat sukakan filem asalnya akan menjadi penerbit buat kali pertamanya dan membintanginya.
2. Shidou Nakamura dan Yuko Takeuchi pelakon lelaki dan wanita dalam filem ini merupakan pasangan suami isteri sebenar. Mereka jatuh cinta dalam filem ini, dan berkahwin selepas membintangi filem ini.
3. Filem ini bukan sahaja berdiri sendiri. Populariti cerita ini menjadi demam melanda Jepun. Selain novel popular dan filem ini, ia juga mempunyai manga sendiri. Dan, filem ini telah pun berpindah ke sebuah siri popular juga dengan judul yang sama.
 Setelah menonton filem ini buat kali pertama, aku terkaku seketika kerana kagum dengan jalan ceritanya. Dan, aku tidak dapat menghentikan pemikiran aku daripada memikirkan filem ini berkali-kali.
1. Jimi tidak dapat melupakan latar lagunya yang sangat menarik. 2. Jimi tidak dapat melupakan bagaimana kisah percintaan remaja mereka yang sangat comel itu. 3. Jimi tidak dapat melupakan si budak comel Yuji yang menjerit sekuat hati nama ibunya. 4. Jimi tidak dapat melupakan bagaimana cerita ini disusun rapi dengan kisah flashback dan present tanpa rasa bosan dan jemu. 5. Jimi tidak dapat melupakan setiap kebetulan dalam filem ini, dan Jimi sukakan perjalanan cerita cinta mereka yang diceritakan oleh kedua-dua watak secara paralel. 6. Jimi tidak dapat melupakan bagaimana Jimi fikir filem ini sudah berakhir tetapi rupanya masih belum ditamatkan lagi. What a great ending!
Tuntasnya, apa ditunggu lagi?. Carilah filem ini dan tonton ia dengan hati terbuka. It is my best recommendation of my favorite film this year. Dan, beritahu aku ngomelan anda tentang filem ini sesudah menontonnya.
Tonton trailer filem ini Lawati laman web filem ini
Labels: filem |
posted
by Jimi Wiser @ Friday, December 29, 2006

|
|
|
|
Thursday, December 28, 2006
|
The Prize Winning of Defiance Ohio
|
 Tidakkah anda berasa bosan dan jemu dengan stereotaip filem-filem yang ada di dunia ini. Kebanyakan filem-filem ini diedarkan dan dipasarkan atas nama keuntungan, dan kerana sebab itulah banyak filem hakikatnya tidak memenuhi citarasa kita ( at least my range of taste in films). Apa yang anda saksikan filem - filem sekarang yang memaparkan seks, seks dan seks. Kalau bukan seks tentu sahaja pembunuhan dan apa lagi!.
Filem yang aku ulsa ini tidak mempunyai elemen-elemen itu, dan filem ini sungguh menghiburkan dan letak duduknya sapatutnya dihebahkan dan dikhabarkan kepada penonton. Kerana, it is such a good film.
Sudah tentu bagi mereka yang cukup sinikal ( who thinks is so cool not to cry and does not have impulses in brain and heart), mengatakan ini sebuah lagi filem good tear jerker atau feel good inspirational film. Tetapi, bagi aku apalah sangat sebuah filem kalau setakat tentang letupan demi letupan, aksi demi aksi, atau katil demi katil untuk seks, jika tiada substance content yang perlu anda mahukan dalam sebuah filem. Now you do know already, why i dont review action films, like nasi basi...ada diberi binatang, tak de pun tak mengapa!.
Apatah lagi, sebuah tiket filem berharga lapan ringgit, cukup untuk aku belikan tiga kilo gula, daripada membazirkan duit untuk filem-filem sampah seperti itu!.
 Sebelum aku menulis lebih jauh mengenai filem ini, beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai filem ini: -
1. Filem ini diadaptasikan daripada sebuah naskah buku yang juga dengan judul yang sama. Buku ini ditulis oleh Terry Ryan mengisahkan tentang kehidupan keluarganya, dan hampir keseluruhan bukunya mengenai ibunya.
2. Ini bermakna, filem ini diadaptasi daripada sebuah kisah benar yang berlaku pada tahun 1950an. Kisah bagaimana, seorang ibu menyara sepuluh orang anaknya dengan sentiasa memenangi peraduan demi peraduan.
Kisahnya
Evelyn Ryan seperti seorang wanita yang hidup pada tahun 1950an lazimnya, mempunyai sepuluh anak. Pada zaman itu, wanita dan peranannya hanyalah seorang suri rumah. Hidup mereka hanya pada suami dan anak-anak. Peranan yang cukup tradisonal.
Kehidupan Evelyn menyara sepuluh anaknya menjadi suatu cerita keajaiban, kerana Evelyn seringkali menang peraduan demi peraduan. Samada peraduan itu kecil atau besar, kebijaksanaan Evelyn menulis cogan kata atau lirik lagu untuk lagu-lagu iklan " jingle" menyelamatkan keluarganya daripada kebuluran.
Suaminya, seperti tipikal suami yang tidak bertanggungjawab hanya mampu menghabiskan duit gajinya untuk arak dan sanggup menggadaikan rumah merekanya untuk melangsaikan hutang- hutangnya.
 Filem ini adalah sebuah kisah kecekalan, ketabahan seorang wanita mengharungi hidup keluarganya dengan hanya menulis cogan kata untuk peraduan.
Filem ini adalah sebuah filem kecil, filem yang tidak ada tersebut di radar carta filem terbaik kutipan di seluruh Amerika Utara. Tetapi sayangnya jika filem ini hanya ditonton oleh segelintir manusia, kerana filem ini cukup bagus sekali daripada semua aspek.
Ya, Jimi dan biasnya. Inilah tema yang sangat aku gemari : Ordinary people who make a different in their own life.
Bagaimanakah agaknya jika aku selalu menang peraduan besar?. Aku hanya pernah menang sekali. Aku meneka pemenang – pemenang Oscar, dan hasilnya aku mendapat tiket-tiket wayang yang akhirnya ku belanjakan teman-teman. Itu sahaja kemenangan aku, walaupun aku selalu juga menyertai peraduan di akhbar-akhbar.
 Bagaimanakah agaknya si Evelyn Ryan ini mempunyai kepakaran dalam menulis cogan kata dan lirik-lirik lagu iklan dan akhirnya memenangi banyak hadiah. Sudah tentu Evelyn ini mempunyai kepakaran bahasa yang cukup tinggi. Aku kagum melihat ketokohan Evelyn, yang kehidupannya hanya tertumpu kepada kelangsungan hidup anak-anaknya tanpa memikirkan tentang diri sendiri. Bayangkan sahaja, menyara 10 anak!
Ternyata filem ini sekalipun memberi inspirasi tetapi cukup sinikal dengan menyindir dunia lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kelly suami Evelyn hanya menghabiskan hidupnya dengan berjudi dan menjadi ketagih arak. Dalam filem ini, ditunjukkan betapa manusia boleh menjadi gila kerana judi dan arak. Sungguhpun demikian, Evelyn sungguhpun bosan dan terhiris dengan sikap suaminya, namun tetap tersenyum menjadi perangsang ketabahan anak-anaknya.
Dua babak yang sangat menyentuh perasaan aku:-
1. Bagaimana Evelyn sanggup berhutang untuk membeli susu setiap pagi, yang akhirnya sikap suaminya yang dangkal menyebabkan botol susu-susu itu terjatuh dan pecah.
2. Bagaimana adegan Evelyn dengan kemenangan membeli belah dalam waktu yang ditetapkan, bagaimana Evelyn merebut peluang ini untuk mengumpul stok makanan untuk anak-anaknya.
 Aku tidak malu menyatakan di sini, betapa kagumnya aku dengan ketabahan seorang ibu Evelyn Ryan, apatah lagi filem ini bukanlah fiction tetapi berdasarkan kisah benar. Sudah tentu manusia seperti itu wujud.
Tiada siapa yang boleh meragui ketokohan Julianne Moore memegang watak sebegini penting. Kerana Julianne, Evelyn Ryan begitu klasik, dan tersendiri. Wajah klasik Julianne Moore sungguh sesuai dan sinonim sekali dengan filem yang berlatar belakang period sebegini. Karisma Julianne cukup terserlah dan amat meyakinkan.
Aku tidak dapat nak mengelak daripada memikirkan watak Evelyn Ryan ini sepeti sama dengan Bree Van De Kamp lakonan Marcia Cross dalam siri Desperate Housewives. Mungkin, kerana watak itu hampir sama. Wanita Amerika yang hampir pupus, iaitu suri rumah yang sangat mementingkan kesempurnaan dan kebahagiaan isi rumah.
Kekesalan aku terhadap filem ini adalah terletak kepada plot yang tertumpu kepada perhubungan Evelyn dan suaminya. Aku cukup mahu sekali mahu melihat perkembangan watak anak-anaknya yang sepuluh itu.
Dalam filem ini, hanya watak Tuff ( yang juga penulis buku ini ) terserlah. Mungkin kerana filem ini dan buku ini juga adalah ilham rasa atau sudut pandangan Tuff. Aku sangat mengkagumi lakonan pelakon remaja ini yang berupaya mengekspresi dengan baik. Watak Kelly yang dilakonkan oleh Woody Harelson sangat baik dan cemerlang. Mungkin kerana watak yang diberikan cukup luas range yang kita boleh nilai wataknya, dan mengamati laluan watak dari awal hingga ke akhirnya.
 Aku sangat mengalu-alukan anda semua menonton filem ini. Ia sebuah filem yang cukup baik. Dari pandangan sinikal, ia sebuah filem bersih keluarga tanpa sex, keganasan – yang keluar dari realiti hidup dewasa ini. Tetapi, tidakkah kita berasa jemu dan bosan dengan saban hari sarat dengan realiti semua itu?. Tontonlah filem ini untuk melihat cara orang dahulu hidup. Tentang kehidupan manusia biasa yang sangat luar biasa ketabahannya.
Pada akhir filem ini, Tuff yang sudah dewasa menatap hiba mesin taip ibu, punca bagi segala kemenangan-demi kemenangan ibunya, sambil mengenang kehidupannya dahulu. Muncul halusinasi ibunya di sebelahnya sambil mencium pipi Tuff (Tuff yang sebenar). Ahh, what a great film ending that moved me to tears!.
Evelyn Ryan " He said that I beat 250,000 other entries. And do you know what else? It wasn't even my best one. "
Tonton trailer The Prize Winning of Defiance Ohio , Laman web rasmi The Prize Winning of Defiance Ohio
Labels: filem |
posted
by Jimi Wiser @ Thursday, December 28, 2006

|
|
|
|
Tuesday, December 26, 2006
|
Confession of Pain
|
Ada banyak sebab musabab yang perlu aku tonton filem ini
1. Ini adalah filem arahan dan terbitan daripada orang orang yang telah menghasilkan filem trilogi Hong Kong yang ternama Infernal Affairs yang akhirnya dicuri oleh Martin Scorsese untuk gandingan Leornado Dicaprio dan Matt Damon yang telah pun tercalon untuk Golden Globe Award yang diberi judul The Departed.
2. Ini adalah gandingan Takeshi Kaneshiro dan Tony Leung secara bersama untuk kali kedua setelah kejayaan Wong Kar Wai dalam Chungking Express yang juga melibatkan mereka berdua. Bezanya dulu, mereka tidak pernah pun ada adegan babak bersama.
3. Menonton lakonan hebat Tony Leung Chiu Wai yang pertama kalinya berlakon sebagai seteru atau antigonis. Bagi mereka yang tidak tahu bakat beliau, beliau telah menang Pelakon Lelaki Terbaik di Hong Kong sebanyak lima kali, dan pernah mengungguli kategori sama di Cannes Film Festival.
 Ya, harapannya untuk melihat kehebatan filem ini agak besar. Aku masih lagi memikirkan bahawa Infernal Affair 1 adalah terbaik dari Hong Kong jika kita mahu mengumpulkan genre filem Along-Gangster-Hong-Kong-Aksi- . Malah, filem itu sebenarnya telah meledakkan kembali selepas kesuraman kutipan tiket di Hong Kong. Dan, kerana filem itu, Martin Scorsese sibuk mahu men " ceduk" dan men " ciplak" dan mempersembahkannya di Hollywood. Disebabkan itu juga sang pengarahnya telah ditawarkan untuk mengarah sebuah filem Hollywood lakonan Claire Danes dan Richard Gere dalam The Flock. Ya, Andrew Lau dan gabungan penulis Alan Mak dan Felix Chong sekali lagi bergandingan dengan sebuah lagi tema kepolisiannya. Aku membayangkan watak-wataknya yang pelbagai dan menarik untuk ditonton. Watak protoganis dan antigonis yang berada dalam kecelaruan. Penonton menyukarkan diri menilai kejahatan dan kebaikan watak-wataknya. Dan, jangan dilupakan watak-watak pelakon wanita sungguhpun agak tempelan tetapi penting dalam menentukan perkembangan jalan cerita. Itulah keistimewaan naskah mereka.
Kisah ini menceritakan dua sahabat baik , Bong dan Hei yang bertugas dalam daerah kepolisian dan kedetektifan. ( Ahh seperti selalu dan tipikalnya filem Hong Kong! ). Namun, mereka bukanlah lelaki Bond yang lut dari segi emosi dan psikologi. Bong merasakan hubungan cinta dengan kekasihnya tidak akan kemana. Sehinggalah pada satu hari, dia mendapati kekasihnya membunuh diri. Hal ini membuatnya sangat kecewa lagu meninggalkan lapangan kerjanya.
 Tiga tahun kemudian, Bong masih lagi digelumangi kekecewaan hidupnya dengan arak dan ketagihannya dan bertugas sebagai penyiasat persendirian. Hidupnya pahit dan pada ketika itu dia sentiasa ditemani oleh perempuan si penjual arak di kelab malam lakonan Shu Qi. Manakala, sahabat karibnya Hei, memegang jawatan penting dalam jabatannya dan bakal mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, Susan dipegang oleh Xu Jinglei. Keseluruhan kemanisan itu berubah apabila ayah Susan mati dibunuh dengan kejam. Susan yang ragu dengan keobjektifan teman lelaki dalam penyiasatan kematian ayahnya, mengupah Bong untuk mendapatkan pendapat kedua. Walaubagaimanapun, Bong dan Hei sentiasa berdiskusi tentang penyasatan pembunuhan ini sehinggalah Bong mengesyaki sesuatu yang dahsyat.
Akhirnya Bong mengetahui bahawa pembunuhan ini adalah sebuah pembalasan dendam kesumat. Kepedihan akibat sebuah kekecewaan dalam kehidupan.
 Jika dilihat dari sudut sinopsis, aku boleh mengandaikan jalan ceritanya hampir sama dengan kebanyakan jalan cerita dari genre seperti ini. Tetapi, di sinilah letaknya keistimewaan Andrew Lau dalam mengadunkan jalan cerita supaya ia tidak tinggal hanya sebagai just another action movie. Seperti dalam filem Infernal Affairs, watak-watak itu dikembangkan dengan baik. Sentiasa ada dua watak yang contra dan pada satu ketika sungguh selari - paralel-.
 Bong dan Hei dua sahabat karib, tetapi berbeza pendekatan kehidupannya. Bong lebih ekspresif dengan jiwanya. Bila dia kecewa dia menceritakan kepada dunia. Hei pula dengan sikapnya yang menyendiri dan menyimpan kekecewaannya. Maka saat ini kita mengetahui bahawa lelaki-lelaki dan dunia mereka tidak sunyi daripada sebuah kepedihan hidup. Dan seperti tajuk filem ini, yang akhirnya berlakukah satu pengakuan bagi segala kepedihan. Filem ini terserlah garapan maskulinitinya. Kisah tentang dunia lelaki dan bagaimana mereka menangani kepedihan dalam kehidupan mereka. Dalam filem ini, tidak ada jeritan tangisan yang keterlaluan. Tidak ada emosi yang keterlaluan. Setitis air mata sudah cukup merasai keseluruhan penderitaan penderitaan dua sahabat ini.  Gandingan empat pelakon utama filem ini cukup serasi dan baik. Tentu sahaja Tony Leung dengan karisma dan auranya yang tersendiri. Sungguhpun memainkan peranan antigonis, penonton masih tidak dapat membedakan hitam putih wataknya kerana permainan emosi dan wataknya yang bukan satu dimensi sahaja. Takeshi pula semakin bertambah baik lakonannya, malah mungkin lebih baik berbanding filem muzikalnya Perhaps Love. Mungkin dia tidak sehebat Tony Leung, tetapi ada sesuatu yang membuatkan lakonan beliau kali ini lebih menarik. He is not justa boy with pretty face anymore.
 Ada beberapa perkara yang perlu disebut di sini yang aku sifatkan sangat menarik untuk dikongsi 1. Lagu latar cukup sederhana tetapi menarik. Sebalik dengan alunan piano yang minima ditambah dengan bunyi siulan memang menyedihkan. Kerana alunan ini juga, setiap kali aku online, aku akan ke laman web rasminya sambil mendengar latar lagunya over and over. Alunan lagu ini cukup menceritakan kesedihan cerita ini. 2. Visual dan shot yang menarik, di sebalik kemeriahan kosmopolitan yang tidak pernah tidur, di sebalik sesaknya manusia di kepulauan Hong Kong, sinematografinya menceritakan kesunyian, kepedihan, kesorangan orang-orang yang menghuninya.
3. Tidak ada babak berbunuhan sehingga ke akhir filem atau hingga ke titisan darah terakhir, tetapi hanya dengan pengakuan dosa di bangku panjang, dua lelaki yang sekadar berbual-bual namun akhirnya adegan ini menyimpulkan kepedihan hati masing-masing. Brilliant.
Filem ini mengajar aku satu perkara. Tidak kira anda siapa atau kukuhnya emosi anda, masing-masing dalam hidup kita ada cerita sedih untuk diceritakan. Cerita sedih itu bukan disimpan dan didendami, kerana akhirnya cerita sedih itu meracuni diri kita.
Labels: filem |
posted
by Jimi Wiser @ Tuesday, December 26, 2006

|
|
|
|
Saturday, December 23, 2006
|
The Curse of Golden Flower
|
 Lebih setahun yang lalu, saya terbaca bahawa Zhang Yi Mou bakal mengarahkan sebuah lagi filem period setelah kejayaan Hero dan House of Flying Daggers. Kali ini katanya lebih mewah, lebih segalanya daripada semua sudut dan yang paling mahal seanteronya.
Filem ini yang disebut termahal dalam sejarah pembikinan filem di China. Suratkhabar harian menyatakan, untuk filem ini sebanyak 20, 000 pelakon tambahan diguna pakai berbanding filem Hero juga arahan Zhang Yi Mou yang hanya menggunakan seramai 1, 000 sahaja. Baju maharaja yang dipakai oleh teraju utama Chow Yun Fat dikatakan seberat 40 kilogram. Wow!
Zhang Yi Mou merupakan salah seorang sutradara yang sangat aku kagumi. Namanya jika disusun sama dengan nama-nama Pedro Almodovar, Alejandero Amanabar, Lasse Halstrom dan beberapa lagi yang saya gemari. Tetapi, yang hakikatnya mengingatkan aku kepada naskah Yi Mou bukanlah filem-filem extravaganza beliau, sebaliknya filem-filem kecil beliau yang lebih tersendiri, bebas dan puitis seperti Not One Less, The Road Home, Raise The Red Lantern. Filem-filem ini sangat penting dalam ekspresi dan perspektif terhadap dunia tentang secebis kehidupan masyarakat China. Apatah lagi, filem-filem ini disanjung dan dihargai di festival-festival filem antara bangsa.
Menantikan filem The Curse of Golden Flower ini pun sangat menyakitkan. Bayangkan saja, iklan poster filem ini sudah terpampang di dada akhbar sejak bulan Ogos lagi. Di China, filem ini ditayang untuk beberapa tayangan sahaja sekadar mendapatkan syarat untuk ke Anugerah Oscar dan festival filem lain sebagai filem rasmi negara China. Pelakon-pelakonnya diupah dari ceruk rantau, selagi ada yang berbangsa cina samada dari Hong Kong, Taiwan atau China.
 Seniman agung Chow Yun Fat yang sebelum ini gagal dan gagal lagi percubaan filem-filem Hollywood nya kecuali Crouching Tiger Hidden Dragon. Maka, setelah semua percubaan itu maka sepatutnya dia kembali ke filem-filem asalnya . Begitu juga dengan Gong Li, setelah dikritik hebat kerana tidak bersifat nasionalis dengan menjadi orang jepun dalam Memoirs of Geisha, dialah antara yang terhebat malah pembabitan dalam filem ini seperti sirih pulang ke gagang. Masakan tidak, Zhang Yi Mou lah yang memperkenalkan bintang Gong Li ini menerusi filemnya. Siapa yang tidak mahu menonton Jay Chow, bintang muda hip hop paling popular di Asia selain Rain, walaupun ini bukan filem pertama beliau, tetapi peminat lebih mengharapkan bakat lakonannya lebih terserlah melalui filem ini, maklumlah sebuah naskah pengarah tersohor. Harapan dan jangkaan cukup tinggi.
Jadi, setelah menontonnya, apakah keputusan Jimi? Aku cukup berasa simpati kepada si penulis novel atau pengarah filem. Kerana, hakikatnya setelah berhempas pulas berbulan-bulan lamanya menghasilkan karya mereka tetapi yang menjadi jurinya adalah masyarakat. Sungguhpun mereka berkata, itulah naskah terbaik mereka tetapi apa pula kata juri? Aku tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa dengan filem ini. Mungkin saja kerana jalan ceritanya yang sudah menjadi begitu biasa dan lazim. Pertembungan plot dan perebutan kuasa antara adik beradik di raja dalam sebuah institusi keluarga raja yang sangat dysfunctional. Plot demi plot perebutan takhta bagai sudah dijangkakan. Terima kasih kepada filem Banquet.
Kerana filem Banquet, aku tidak dapat mengelak daripada membanding beza kedua-duanya. Apatah lagi, jalan ceritanya sama iaitu cerita mengenai keluarga diraja. Hmmmm alahai...apalah lagi keistimewaannya. Sebab itu lah aku sangat bersimpati kepada pengkarya-pengkarya kreatif, sedangkan mereka berfikir itulah yang terbaik sebaliknya masyarakat memandang sebaliknya. Too bad.
 Filem ini , walaubagaimanapun , tidaklah seratus peratus tidak hebat. Anda mungkin menonton filem ini dengan mulut ternganga kerana kagum dengan segala kemewahan filem ini. Filem ini bermula dengan ramainya dayang-dayang bergegas-gegas menyiapkan diri. Bayangkan begitu ramainya manusia yang bernama dayang istana. Begitu juga dengan adegan pertarungan di akhir filem ini sangat mengkagumkan. Usaha untuk tidak menggunakan teknik CGI untuk memperbanyakkan bilangan tentera tidak digunakan sama sekali. Ini yang sepatutnya dipelajari oleh filem The Lord of the Ring.
Memang mengkagumkan dengan membayangkan kesemuanya hebat. Oh ya, istananya cukup cantik dengan permainan warna yang melampau dan keterlaluan. Jika anda peminat filem yang berkostum hebat inilah filem yang wajib ditonton. Cukup melekakan. Permainan warna dan sifatnya digunakan melimpah ruah di mana-mana. Seluruh laman istana disertakan dengan bunga kekwa yang cantik kuningnya, dan tiang-tiang istana seperti dicat dengan mandian warna yang seolah-olah permainan warna batik. Aku ternganga lagi sekali.
 Dari sudut yang lain, filem ini tidak kosong dengan kehebatan lakonan-lakonannya. Jika ada pelakon yang boleh berdiri kaku gagah tanpa bersuara, maka dia lah Chow Yun Fat. Auranya cukup hebat. Sifat maharaja yang angkuh, ego dan bongkak tetapi pada masa yang lain terserlah karisma sebagai ayahanda yang romantis dan penyayang. Mungkin wataknya memerlukan beliau kejam kerana terlalu banyak yang mendambakan takhta maharaja dan ini termasuklah memberikan keraguan kepada anak-anaknya. Antara lakonan terbaik Yun Fatt yang pernah aku tonton.
Kalau bukan Gong Li siapa lagi yang boleh menggantikan tempat ini. Ternyata fikiran aku menggambarkan Maggie Cheung, Joan Chen atau Zhang Zi Yi. Tetapi, setelah menonton lakonan Gong Li, aku rasa beliau lah pelakon yang paling tepat. Lakonannya cukup hebat, tersendiri dan berani untuk berekspresi. Lakonannya tidak nampak dilatih atau dipaksa. Dia lah bintang yang paling berkesan dalam filem ini. Malah keseluruhan jiwa rasa filem ini sebenarnya bergantung kepada cerita maharani ini. Maka, sudah tentu Gong Li harus menyerlahkan segalanya.
 Jay Chow berjaya mengenepikan kelibat atau aura komersil dan populariti beliau dalam filem ini. Jika dalam filem Initial D dia menggunakan seluruh pakai komersil nama yang ada tetapi dalam filem ini, dia sangat kerdil berbanding dua nama besar yang ada.
Tetapi, persembahannya tidak mengecewakan. Lebih baik daripada lakonan Daniel Wu dalam The Banquet. Tetapi sayang, wataknya memang sengaja dipinggirkan kerana filem ini hanya bertumpukan kepada watak maharani. Aku memang menjangkakan beliau layak mendapat watak ini. Jay Chow adalah seorang yang kreatif. Hasilnya dalam lagu-lagu beliau dan arahan-arahan video klip lagu-lagunya menunjukkan dia tidak mahu bersandarkan kepada satu bidang seni sahaja. Mungkin peminat boleh menarik nafas lega, kerana dia mungkin boleh pergi jauh lagi dalam bidang lakonan. ( By the way, pernah tak aku memberitahu kalian, Jimi adalah peminat Jay Chow dan muziknya?) Hanya dua aspek yang mengkagumkan aku - seperti yang telah dijelaskan. Sebaliknya, jalan ceritanya masih berlalu seperti biasa dan lazimnya. Tiada yang istimewanya. Mungkin jalan cerita filem ini akan mengecewakan anda. Tetapi, anda mungkin menonton filem ini untuk menghargai kesungguhan bakat lakonan dan keindahan kostum dan set filem ini.
 Maka benarlah kata pengkritik filem, untuk sebuah filem yang baik perlu ada keseimbangan dalam semua aspek. Jalan cerita yang bagus, lakonan yang hebat, seni arahan tersendiri. Maka, filem ini telah kekurangan sbeuah aspek utama. Mengakibatkan filem ini hanya sebagai filem yang ku takrifkan sebagai good watchable movie, tetapi untuk menontonnya sekali lagi, tidaklah rasanya.
Maafkan aku, aku masih berfikir The Banquet antara yang terbaik. (Jimi dengan bias gadis kesukaannya Zhang Zi Yi).
Labels: filem |
posted
by Jimi Wiser @ Saturday, December 23, 2006

|
|
|
|
Wednesday, December 20, 2006
|
A Star Is Born
|
Anda mungkin kenal dengan gadis muda ini? Jennifer Hudson, penyanyi yang disingkirkan dari dunia penciptaan bintang American Idol. Bagi aku, dia adalah yang paling melekat dan menjadi pilihan aku dulu. Masih aku ingat dahulu, memilih sebuah lagu tersendiri ciptaan John Lennon IMAGINE, membuatkan aku terpana seketika. She is really good. Kemudian beberapa lagu seperti I Believe In You and Me dan beberapa lagi.
Agak melucukan, kerana bakat dan bukan paras rupa,aku suka benar memilih pilihan underdog seperti itu. Tersingkirnya beliau daripada American Idol membuat aku mood swing beberapa hari. Malah, aku ambil cuti sakit kerana tertekan dengan pilihan " bijak" peminat. Sudah tentulah, Jimi tidak boleh berbuat apa-apa, since it is America's voting.
But, you know what...bak orang kata sebuah pintu tertutup, seribu pintu terbuka buat kamu. Here comes, Miss J-Hud

Jika anda tidak tahu apa yang Jimi maksudkan, Jennifer Hudson telah tercalon untuk Anugerah Golden Globe untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik Wanita menerusi filem sulungnya Dreamgirls yang juga dibintangi oleh Beyonce, Jamie Foxx dan Eddie Murphy. Gadis bertubuh besar yang mempunyai suara lantang yang disamakan dengan Aretha Franklin, Patti La Belle ini juga telah merekodkan album di bawah nama besar Clive Davis, insan yang selama ini mengharumkan suara terhebat dekad 90an, Whitney Houston. Mari kita bercakap tentang kejayaan Dreamgirls beliau; - Beliau mengalahkan seramai 800 pelakon atau penyanyi yang mencuba dalam audisi filem itu, untuk watak Effie sebuah filem yang berdasarkan pementasan Broadway.
- Beyonce dengar ceritanya tersinggung apabila pengkritik-pengkritik filem memuji J-Hud seribu kali daripada lakonannya sendiri.
- Pengkritik meramalkan lakonannya bakal menganugerahkan nominasi untuk Oscar. Malah, peluangnya lebih baik daripada Beyonce sendiri.
- Pada asalnya, pihak penerbit ingin melobi J-Hud diletakkan dalam Pelakon Wanita Terbaik dan mengenepikan Beyonse sendiri, memandangkan peluang J-Hud lebih cerah.
- J-Hud dengar ceritanya menggunakan sumber ilham hidupnya disingkir dari American Idol dan isu berat badannya sebagai insipirasi atau homework filemnya Dreamgirls.
- Dengar khabarnya, Beyonce sendiri bermasam muka dengan J-Hud apabila kehebatan dan gahnya cerita kehebatan J-Hud dalam filem Dreamgirls.
- Penonton yang telah berkesempatan menonton filem ini di Amerika Utara, berdiri tepuk tangan ketika adegan Effie (Jennifer Hudson) menyanyikan lagu And I Am Telling You I'am Not Going.
- Dia juga mengalahkan Fantasia Barrino, yang juga mencuba untuk watak dalam Dreamgirls.Sweet revenge.
Bakal menempuhi kehidupan yang lebih baik. Malah, Aretha Franklin menghormatinya sebagai seorang penyanyi begitu juga Whitney Houston. J-Hud kini hidup dalam keindahan kerana dia dihormati sebagai seorang pelakon dan penyanyi ternama. Malah, mungkinkah beliau akan menang Golden Globe dan Oscar dan seterusnya mengalahkan Kelly Clarkson, Fantasia Barrino dan segala pilihan juara American Idol sebelum ini? You never can tell.
 Dan aku suka dan sangat suka. Idea insan yang tersingkir dari dunia stereotaip komersil dan populariti ; kau tidak cantik sebab kau gemuk - kembali menghantui dan membuatkan banyak mulut terdiam. Inilah bintang dalam impian "dreamgirls". Bravo, you go girl. This is for all fat ladies in this world.Rock on.
If Jennifer Hudson never makes another movie, she will have earned a modest but honorable place in film history on the basis of her performance in "Dreamgirls." When Oprah Winfrey called Jennifer Hudson to congratulate her on her performance in the upcoming movie "Dreamgirls," Hudson at first refused to take the call. "I was resting my voice, and I thought it was my manager playing around!" "The powerful surprise is Jennifer Hudson, who will be winning an Oscar this year, no matter what category they run her in," chimed in David Poland of The Hot Button and Movie City News. |
posted
by Jimi Wiser @ Wednesday, December 20, 2006

|
|
|
|
Friday, December 15, 2006
|
Sembang Langkawi
|
Bella Vista Hotel
7.03 malam - Senjakala
7.14 malam - Senjakala
Bilik Jimi, tepi balkoni
Bella Vista Hotel
Jimi : : Cantik sungguhlah hotel ni, like a huge castle! Berangan pulak saya nih... Dia : This is my second time here in this hotel. The interior and everything is superb. Tapi, last time I datang, I naik teksi tau. Adalah seorang passenger ni nak ke Bella Vista Hotel ni. It turn out, bila dia sampai sini, dia takut nak tidur sini. Katanya macam istana lama dan berhantu. Dan, he got the feeling no feng shui and bring bad luck. Dia datang ke sini pun nak buat business deal. Terkejut saya, dia boleh cancel dan carik hotel lain. Jimi : Ye ke? To that extend, meh! Dia : Ehh, did you know hotel Heritage kat Ipoh the haunted one! Dulu ada orang bunuh diri kat situ. Sebab tu lah. Jimi : Agaknya hotel ni haunted ke. Saya takut pulak. Nama Bella in Italian means beautiful lagi pulak kan. Sukacitanya Jimi memaklumkan Jimi senang sekali menginap di hotel ini. Tambahan pula mendapat tingkap bilik yang mengadap laut. Hadapan hotel yang mengadap laut memudahkan Jimi menyaksikan kebangkitan matahari awal pagi dan mendambakan senjakala. Jimi ingin memaklumkan tiada kisah ngeri bak Sebalik Malam atau Misteri Nusantara di sini. Dan, Jimi tidak dibayar untuk mempromokan hotel yang indah ini. 
 Syurga Coklat
Dia : Anak anak saya awal awal lagi dah pesan belikan coklat Forrero Roche, kan jenama tu melambak di luar Langkawi.Jadi nak buat apa beli di sini. Terpaksa beli jugalah nampak gayanya. Jimi : Tapi saya dah tak lalu nak makan jenama Roche, saya dapat forwarded email gambar gambar Roche dah berulat. Dia : Ye ke? Tak nak lah kita beli, bro Setelah berkira kira coklat- coklatnya, dan terpaksa pula berfikir untuk siapa dan sesiapa. Untuk coklat bodoh ni pun habis seratus ringgit dibuatnya. Masyaallah. Cairnya duit seperti cairnya coklat ni.
Pinggan Melamie
Mangkuk buatan kayu
Cantik bukan? Pinggan Mellamie
Jimi : Kenapa orang datang ke Langkawi nak beli pinggan mangkuk plastik melamie ni? Saya selalu nampak ada dijual di pasar sehari atau pasar malam? Dia : La, harga kat luar Langkawi mahal skit. Sebab tu ramai jika datang berkursus, berborong habis. Jimi : Tapi, semua ni kan berat-berat belaka. Tak kan nak bawak semua? Dia : Tengok tu, kan banyak dijual beg-beg besar. Beli dan masukkan semua . Polo, Milan semuanya ada.20 RM pun ko dah boleh yang besar punya, bro. Dia : Engko nak beli apa, belilah sementara ada peluang di sini. Jimi : Saya orang bujang, ni semua barang-barang dapur, kalau saya beli nanti mak saya tak berkenan pulak. Macam hari tu, saya belikan dia kain batik. Dia kata kain batik di rumah pun dah banyak. Masa - mmasa macam ni lah yang saya tak tahu nak beli apa. Poyo rasanya. Terpengaruh dengan semua orang yang bagai nak gila membeli belah. Jimi belikan buat bonda tercinta dua set mangkuk Mellamie. Bila menyerahkannya ketika sampai di rumah, gembira nampaknya. Lain kali jika berkesempatan, boleh borong habis.
Sejahtera ke apabila menaikinya?
Menunggu beg diturunkan, took 30 minutes meh! Feri Yang Sejahtera? Jimi : Feri ni nampak baru ya, dan the air conditioned very cool, kan? Dia : Oh jangan mudah terpedaya. Tahu tak semua feri ni asalnya daripada mana? Jimi : Tak tahu, kenapa pulak? Dia : Sebenarnya semua feri yang ada di semenanjung, langkawi, pangkor ke datangnya dari Sarawak dan Sabah. Setelah lama dan tua dan tidak digunakan lagi, dihantar ke sini dan dipakai semula. Jimi : Lah, ye ke, kalau macam tu berisiko lah ye Dia : Cuma harap kita tidak terlanggar iceberg like what Titanic did, and pray hard bro.
Jimi ketawa mengilai. Tetapi dalam kebimbangan. Sambil mengenang nasihat ibu supaya membaca doa serapah sebelum memulakan perjalanan. Bimbang agaknya pabila mengenangkan pertembungan dua feri baru-baru ini.
Labels: desert, laments |
posted
by Jimi Wiser @ Friday, December 15, 2006

|
|
|
|
Thursday, December 14, 2006
|
Jimi Yang Obsesi
|
Pemberian Adel untuk menggantikan sarung handphone ku yang telah usang! Idea untuk membeli sebuah handphone baru sudah difikirkan beberapa kali. Jika boleh aku tidak mahu membeli yang baru. Tetapi, yang ku pakai kini sudah lama dan lapuk, kekunci pun sudah lapuk dan usang barangkali. Bagiku, cukuplah fungsinya asal dapat sahaja menghantar sms dan menerima panggilan.
Sedang ramai teman yang sudah membeli yang tercanggih dan terhebat di pasaran, aku masih mahu mengekalkan warna mono di lcd skrin. Fikirku, apalah yang nak dibazirkan. Itu hanya sebuah telefon. Apalagi, aku fikirkan ciptaan telefon berkamera satu idea yang ku fikirkan silly. But then, this is me. Just a thought.
Bila difikirkan, aku terlalu berjimat. Baju Melayu sepasang tidak pernah ku beli saban tahun. Kadangkala aku pakai yang lama, ia tetap menarik dan boleh sahaja bagiku.Aku jarang membelikan pakaian untuk diriku. Amat jarang. Koleksi tali leher aku tidak sebanyak Cekmi, hmm apatah lagilah menyamakan koleksi beg Cekmi. Aku ada koleksi ke? Hahaha.
Koleksi tali leher Cekmi
Adakah ini Jimi yang anda jangkakan? Jimi jika dikenali adalah seorang lelaki yang membosankan. Bekerja sebagai kakitangan kerajaan dengan gaji yang ciput. Jimi gemar benar dengan lagu-lagu Inggeris berentak perlahan yang sentiasa menghidupkan dirinya. Dan, koleksi yang beliau miliki hanyalah buku-buku yang dibeli dalam keadaan separuh harga, dvd, vcd dan kaset-kaset yang mungkin telah menelan belanja ribuan ringgit. Dan, mungkin dia mempunyai koleksi sabun dan shampoo hotel yang dikutip sepanjang berkursus yang akhirnya di agih-agihkan kepada sanak saudara dan adik beradik. Setelah lama difikirkan, Jimi rasa Jimi banyak benar dipengaruhi dengan kesederhanaan keluarga. Ibu Jimi tidak pernah ada sebentuk cincin emas. Malah ibu Jimi tidak suka menghias diri dengan koleksi Habib jewels dan Emas Poh Kong sebagainya. Sumpah, Jimi tidak tipu. Jika berkunjung ke rumah Jimi, hanya ada set kerusi yang usang. Seluruh hidupnya, membantu anak-anaknya supaya berjaya meskipun kejayaan itu sangat relatif. Bila ditanya oleh ibu saudaraku kepada ibuku. Kenapa tak beli rantai emas ke untuk diri sendiri?Ibu menjawab, " buat apa cantikkan diri kalau akhirnya diragut. Mati pun dengan kain kapan sahaja. Beli alat solek tapi kalau tak cantik, buat apa?" Temanku yang megahnya mempersembahkan set baju, kasut dan tas tangan yang sedondon dan obsesinya untuk kelihatan cantik! Agaknya, Jimi memang mencontohi ibunya. Bila orang menanyakan kepada aku. Kenapa tak mahu beli telefon baru? " Tak payah membazir. Dapat telefon dan sms jadilah." Kenapa tak mahu beli kereta hebat? " Beli kereta adalah perkara paling jahanam. Ia bukan pelaburan. Hari ni kau beli, besok harga dia jatuh beribu."
Minggu lalu, aku bertekak dengan teman-teman tentang ketagihan masing- masing. Ada yang suka memiliki baju yang cantik. Ada yang suka mengaksesori kereta. Ada pula yang suka menambah koleksi teman wanita. Ya, Jimi dalam penafian. Jimi nafikan yang dia tidak pernah gilakan apa-apa. Jimi kata kepada teman-teman, Jimi tak pernah membazirkan dengan benda yang tidak berfaedah. Jimi sentiasa percaya kepada kesederhanaan. Wah! Mereka membidas balik. Hah, yang ko habiskan duit dengan buku-buku, dvd, vcd and whats not. Itu kan obsesi engkau. Itu juga pembaziran dan ketagihan!. You know what. How true! Aku masih sama seperti orang lain. Banyak membazir. Apakah obsesi anda? Labels: desert, laments |
posted
by Jimi Wiser @ Thursday, December 14, 2006

|
|
|
|
Sunday, December 10, 2006
|
Buku oh Buku
|
Berkunjung ke rumah Cekmi tempohari, ku ambil foto ini. Dua buku sama bersebelahan tetapi berlainan kulit. Kami berdua memang menggemari karya tulisan Amy Tan. Ini adalah buku terbaru tulisannya, dan inilah buku yang paling sukar karya beliau yang sukar untuk aku dekati. Bagai ada belahan jiwa yang menuntut aku mengelak membacanya.
Jika dilihat dari judulnya saja, cukup ironi bagaimana seekor ikan yang bernafas hidupnya di dalam air boleh lemas!. Menyelamatkan ikan daripada lemas? Wah, judulnya sahaja sudah mengimplikasi seseuatu, bukan?
Begitu hebat tulisan Amy Tan.
Oh, ya, berbanding aku dan Cekmi, dia sudah mendahului separuh buku itu. Aku? masih terawang-awang. Dalam hati terdetik-detik ..what the hell (amy tan) she is trying to say here?
Tonton filem Cinta tak? terlihat novel ini berdiri megah di kedai buku Azura. Tiba-tiba, aku rasa bangga plak. Apalah kan!
Ku temui buku ini di toko buku Popular di Kinta City. Tidak mahal untuk menanam minat membaca. Aku membelinya dengan harga RM 7.99 setelah ditolak semua harga sebenar. Murah bukan?. Memang aku jatuh cinta dengan buku ini. Seperti biasa, tulisan berbentuk catatan memoir sangat menarik minat aku. Dan, tema kedua paling ku minati ialah tema oriental. Tidak kisah lah kalau daripada benua India seperti Arundhati Roy, Anita Desai atau Amy Tan, June Chang, Adeline Mah, Ha Jin, semuanya aku suka. Barangkali, genrenya menepati dengan kesesuaian fikrah aku. Lebih Asia.
Tetapi, tidak pula aku ketepikan naskah tulisan dari Barat. Anda kenal Frank Mccourt? Beliau memenangi anugerah Pullitzer dengan naskahnya Angela Ashes. Malah, naskah itu telah pun difilemkan. Aku ada vcd filem itu, yang kusifatkan sangat tragis dan menyedihkan. Berbicara mengenai kepedihan dan kesengsaraan dari sudut pandangan lelaki, inilah buku yang patut aku cadangkan pada kalian. Tetapi, naskah memoir Frank Mccourt ini adalah naskah kegemaran aku. Aku membacanya lebih dari dua kali. Seperti aku membaca The Opposite of Fate karya Amy Tan. Memoir ini yang berjudul Tis lebih mendalam dan menderitakan hati aku. Tetapi, pada akhirnya terserlah wira manusia biasa yang melalui kehidupannya yang sangat menyedihkan. Perjuangan di tanah baru Amerika menjanjikan segalanya tetapi hanya hati yang teguh sahaja bisa menempuhi semua itu. Sebuah naskah yang sangat aku kagumi kerana ketelusannya. Cuti masih panjang lagi. Wah, berbaki lebih 30 hari lagi. Aku suka akan kerjaya aku. Salah satu sebab aku memilih kerjaya aku adalah kerana cuti panjang dan fleksibiliti. Aku mempunyai impian untuk menulis. Aku tidak pasti tentang apa. Novel atau lebih kepada catatan diari. Aku memilih kerjaya aku kerana aku mahu membaca. Aku mahu punyai ruang waktu untuk membaca. Kalau tidak menonton filem dan membaca, aku akan jadi bingung.
Dua hari berlalu, aku hanya berbaring di rumah atau di kerusi malas, menghabiskan buku-buku yang diberikan oleh adik perempuanku. Katanya perpustakaan kolejnya ingin membuang buku-buku ini, lalu diambilnya dan diberikan kepada aku. Banyak buku-buku yang ku dapat; Anita Desai, Maya Angelou. Aku habiskan dua hari menghabiskan dua buah buku. Puas rasanya. Kalau bekerja, memang tidak sempat aku habiskan. Selepas ini, aku bercadang mahu membaca karya Zaharah Nawawi; Anugerah yang sangat tebal itu. Jangan ditanya bila aku mahu mula menulis? Tuhan sahaja yang tahu. Masih bersimpan di gobek komputer aku. Takut dibaca orang!
 Banyak benar buku yang mahu dibaca. Begitu juga filem-filem yang mahu ditonton. Aku mahu membaca karya anak perempuan Anita Desai, Kiran Desai yang baru-baru ini memenangi anugerah Man Booker Prize. Bayangkan, ibunya tercalon sebanyak tiga kali untuk anugerah itu, tetapi tidak pernah mengecapinya dan anak perempuannnya akhirnya mengunggulinya. Buku itu yang berjudul The Inheritance of Loss dianggap paling indah bahasanya.
Yang sempat kuambil sedikit daripadanya " All day, the colors had been those of dusk, mist moving like a water creature across the great flanks of mountains possessed of ocean shadows..." Selain itu, aku juga mahu membaca naskah Tash Aww; Harmony Silk Factory. Bagi mereka yang tidak tahu, Tash Aww dilahirkan di Malaysia sehinggalah beliau berhijrah ke barat. Oh ya, untuk lebih tepat dia dilahirkan di Ipoh. Diceritakan dalam bukunya perasaannya dan deskripsinya tentang kota kolonial Ipoh. Tentu penuh elemen melankolik dan romantismenya. My kinda of genre, actually. Tidak sabar menunggu bonus bulan hadapan. Pasti dua buku ini menjadi genggaman. Hidup ini indah dengan membaca. Aku rasa begitu pelik jika seseorang datang kepada aku mengatakan hidup ini bosan, dan tiada perkara untuk diperbuat. Hello, wake up, and grab a book and read, or perhaps watch a good movie, and learn one or two about life. Oh ya, Jimi diarahkan berkursus ke Langkawi selama empat hari mulai besok. Jimi akan bawa sebuah buku untuk dibaca. Jumpa lagi ya. Selamat membaca dan menonton filem. Labels: desert, laments |
posted
by Jimi Wiser @ Sunday, December 10, 2006

|
|
|
|
Thursday, December 07, 2006
|
Denias
|
Berikan keizinan buat Jimi untuk memperkenalkan filem ini. Ini adalah sebuah filem dari negara jiran kita Indonesia. Judulnya DENIAS.
Menceritakan sebuah kisah yang diadaptasi daripada kisah benar. Kisah seorang budak lelaki yang bernama Denias dan perjuangan hidupnya. Diceritakan Denias berjalan kaki selama 10 hari menuju sebuah destinasi yang boleh menemukannya sebuah sekolah. Kerana dia begitu kepingin mahu membaca dan menulis.
Kehadirannya membuatkan sang guru terharu dengan kesungguhan perjuangan hidupnya. Sang guru kemudiannya merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang murid.
Nampak benar, kisah ini bakal menyentuh perasaanku, menonton trailer di laman web rasmi filem ini sudah cukup membuatkan hatiku sebak. Lazimnya, genre kegemaran Jimi ialah filem yang memenuhi konsep " ordinary people who make a different in their own life" . Itulah makanan filem jiwa rasa Jimi. Dan, jimi pasti filem ini bakal mengingatkan Jimi tentang kesengsaraan hidup Not One Less naskah Zhang Yi Mou dahulu.Sudahkah anda menontonnya?
Harap - harap Jimi dapat menonton filem ini secepat mungkin.
|
posted
by Jimi Wiser @ Thursday, December 07, 2006

|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana
mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah
atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau
persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI,
tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..
:: Mengapa
Jimi menulis?
:: Di
sebalik wajah
|
 |
Skrip
Kehidupan
Anak
Kilang
Muhasabah
Jimi
Laman
Rumah Jimi
Terima
Kasih
Nikmat
Kenangan
Nikmat
Kejayaan
Nikmat
Tangisan
Puasa
dan Kesibukan
Cuti
- Cuti Cikgu Jimi
Pergi
Dulu
Erti
Lelah dan Keikhlasan
Seputar
Kehidupan
Rayuanmu
Musim
Berkurung
Cakar
Kucing
Buku
Raya
Anekdot
Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak
dan Mercun Raya
Nikmat
dan Rezeki
Kembali
Sebuah
Alegori Buat Abah
Abah
Telah Pergi
Rindu
Buah
Cinta
Terima
Kasih Hafira
Hadiah
Hari Guru 2010
Selamat
Hari Guru
Rasa
Itu
Racau
Tangan
Jahat
Hujan
Panas
Cetusan
Hati
Ayah
oh Ayah
Melayu
Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman
Ibu
Mendobi
Baju
Berlari
Terima
Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir
2009
Dunia
Buku Jimi
Cuti
Sekolah Cikgu Jimi
Terima
Kasih Pembaca
Hidup
Untuk Memberi
Janji
Cikgu Jimi
Ayah
dan Ibu III
Ayah
dan Ibu II
Ayah
dan Ibu
Teruskan
Berdoa
Jutawan
Virus
M
Sang
Rasa
Bencana
Makanan
Mendidik
Puasa
Pen
Hadiah Cikgu Jimi
Nasi
Lemak Best Giler
Harapan
25 September
Baju
Raya
Macam
Mana, Cikgu?
Wajah
- wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja
Sekolah, Cuti Sekolah
Tahniah,
Madihah
Virus
dan Stress
Generasi
2009
Cikgu
Jimi dan Bahasa
Van
Hijau Itu
Kejantanan
Yang
Terbaik
Lepat
Pisang Amirul
Belated
Hari Guru
Demi
Azmil III
Demi
Azmil II
Demi
Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna
Alam
Cikgu
Siti
Terima
Kasih Kembali,
Shahril
oh Shahril
Terima
Kasih
Hamba
yang Lemah
Berkirim
Salam
Ingat
Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan
Jiwa
Hari
Pertama
Hari
Terakhir
Lepaskan
Aku ke Laut
Debaran
yang Kencang
Soal
Selidik Cikgu Jimi
Guru
Biasa, Guru Murabbi
Nasib
Guru-guruku
Kad
Raya Hanim
Salam
Alifi
Misi
Gigi
Pasca
UPSR
Raya
Lagi
Selamat
Semuanya
Laskar
Pelangi
Duit
Raya
Agen
Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu
Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia
Lagi
Memoir
Seorang Guru
Tunai
tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral
Speaking Bermadu
Kak
Imah
Anak
Kampung
Masih
Berbaloikah Lagi?
Surat
Cinta Monyet
Tunai
Janji
Meja
Cikgu Jimi
Cikgu
Jimi
Terima
Kasih
Menunggu
dan Menanti
Hari
Guru Bahagian 3
Hari
Guru Bahagian 2
Hari
Guru Bahagian 1
Teman
Sejati
Kelas
Antonim
I
am Staying Put
Tinta
Merah Cikgu Jimi
Hadi
Haziq
Jerayawara
Sufiyah
oh Sufiyah
Hadiah
Buku
Destinasi
Tugas
Kain
Pelikat
Cuti
Sekolah
Nikmat
Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just
Go and Fly Kite lah!
Perempuan
Melayu Terakhir
Jimi
di Pangkor
Hamimah
Cerita
Hantu
Cinta
Monyet
Puisi
Anak Kecil
Anak
Kecil Beraya
Anak
Bangsaku Malaysia
Aku
Yang Dihina
Duri
Berduri
Bad
Teachers 1
Bad
Teachers 2
Cikgu
Jimi 1
Cikgu
Jimi 2
Kembaraan
Harianku
Tunjuk
Ajarku, Sifu
Guru
Ibarat Lilin
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|