Tuesday, December 26, 2006

Confession of Pain

Ada banyak sebab musabab yang perlu aku tonton filem ini

1. Ini adalah filem arahan dan terbitan daripada orang orang yang telah menghasilkan filem trilogi Hong Kong yang ternama Infernal Affairs yang akhirnya dicuri oleh Martin Scorsese untuk gandingan Leornado Dicaprio dan Matt Damon yang telah pun tercalon untuk Golden Globe Award yang diberi judul The Departed.

2. Ini adalah gandingan Takeshi Kaneshiro dan Tony Leung secara bersama untuk kali kedua setelah kejayaan Wong Kar Wai dalam Chungking Express yang juga melibatkan mereka berdua. Bezanya dulu, mereka tidak pernah pun ada adegan babak bersama.

3. Menonton lakonan hebat Tony Leung Chiu Wai yang pertama kalinya berlakon sebagai seteru atau antigonis. Bagi mereka yang tidak tahu bakat beliau, beliau telah menang Pelakon Lelaki Terbaik di Hong Kong sebanyak lima kali, dan pernah mengungguli kategori sama di Cannes Film Festival.


Ya, harapannya untuk melihat kehebatan filem ini agak besar. Aku masih lagi memikirkan bahawa Infernal Affair 1 adalah terbaik dari Hong Kong jika kita mahu mengumpulkan genre filem Along-Gangster-Hong-Kong-Aksi- . Malah, filem itu sebenarnya telah meledakkan kembali selepas kesuraman kutipan tiket di Hong Kong. Dan, kerana filem itu, Martin Scorsese sibuk mahu men" ceduk" dan men " ciplak" dan mempersembahkannya di Hollywood. Disebabkan itu juga sang pengarahnya telah ditawarkan untuk mengarah sebuah filem Hollywood lakonan Claire Danes dan Richard Gere dalam The Flock.

Ya, Andrew Lau dan gabungan penulis Alan Mak dan Felix Chong sekali lagi bergandingan dengan sebuah lagi tema kepolisiannya. Aku membayangkan watak-wataknya yang pelbagai dan menarik untuk ditonton. Watak protoganis dan antigonis yang berada dalam kecelaruan. Penonton menyukarkan diri menilai kejahatan dan kebaikan watak-wataknya. Dan, jangan dilupakan watak-watak pelakon wanita sungguhpun agak tempelan tetapi penting dalam menentukan perkembangan jalan cerita. Itulah keistimewaan naskah mereka.

Kisah ini menceritakan dua sahabat baik , Bong dan Hei yang bertugas dalam daerah kepolisian dan kedetektifan. ( Ahh seperti selalu dan tipikalnya filem Hong Kong! ). Namun, mereka bukanlah lelaki Bond yang lut dari segi emosi dan psikologi. Bong merasakan hubungan cinta dengan kekasihnya tidak akan kemana. Sehinggalah pada satu hari, dia mendapati kekasihnya membunuh diri. Hal ini membuatnya sangat kecewa lagu meninggalkan lapangan kerjanya.



Tiga tahun kemudian, Bong masih lagi digelumangi kekecewaan hidupnya dengan arak dan ketagihannya dan bertugas sebagai penyiasat persendirian. Hidupnya pahit dan pada ketika itu dia sentiasa ditemani oleh perempuan si penjual arak di kelab malam lakonan Shu Qi. Manakala, sahabat karibnya Hei, memegang jawatan penting dalam jabatannya dan bakal mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, Susan dipegang oleh Xu Jinglei.

Keseluruhan kemanisan itu berubah apabila ayah Susan mati dibunuh dengan kejam. Susan yang ragu dengan keobjektifan teman lelaki dalam penyiasatan kematian ayahnya, mengupah Bong untuk mendapatkan pendapat kedua. Walaubagaimanapun, Bong dan Hei sentiasa berdiskusi tentang penyasatan pembunuhan ini sehinggalah Bong mengesyaki sesuatu yang dahsyat.

Akhirnya Bong mengetahui bahawa pembunuhan ini adalah sebuah pembalasan dendam kesumat. Kepedihan akibat sebuah kekecewaan dalam kehidupan.



Jika dilihat dari sudut sinopsis, aku boleh mengandaikan jalan ceritanya hampir sama dengan kebanyakan jalan cerita dari genre seperti ini. Tetapi, di sinilah letaknya keistimewaan Andrew Lau dalam mengadunkan jalan cerita supaya ia tidak tinggal hanya sebagai just another action movie.

Seperti dalam filem Infernal Affairs, watak-watak itu dikembangkan dengan baik. Sentiasa ada dua watak yang contra dan pada satu ketika sungguh selari - paralel-.



Bong dan Hei dua sahabat karib, tetapi berbeza pendekatan kehidupannya. Bong lebih ekspresif dengan jiwanya. Bila dia kecewa dia menceritakan kepada dunia. Hei pula dengan sikapnya yang menyendiri dan menyimpan kekecewaannya. Maka saat ini kita mengetahui bahawa lelaki-lelaki dan dunia mereka tidak sunyi daripada sebuah kepedihan hidup. Dan seperti tajuk filem ini, yang akhirnya berlakukah satu pengakuan bagi segala kepedihan.

Filem ini terserlah garapan maskulinitinya. Kisah tentang dunia lelaki dan bagaimana mereka menangani kepedihan dalam kehidupan mereka. Dalam filem ini, tidak ada jeritan tangisan yang keterlaluan. Tidak ada emosi yang keterlaluan. Setitis air mata sudah cukup merasai keseluruhan penderitaan penderitaan dua sahabat ini.


Gandingan empat pelakon utama filem ini cukup serasi dan baik. Tentu sahaja Tony Leung dengan karisma dan auranya yang tersendiri. Sungguhpun memainkan peranan antigonis, penonton masih tidak dapat membedakan hitam putih wataknya kerana permainan emosi dan wataknya yang bukan satu dimensi sahaja. Takeshi pula semakin bertambah baik lakonannya, malah mungkin lebih baik berbanding filem muzikalnya Perhaps Love. Mungkin dia tidak sehebat Tony Leung, tetapi ada sesuatu yang membuatkan lakonan beliau kali ini lebih menarik. He is not justa boy with pretty face anymore.



Ada beberapa perkara yang perlu disebut di sini yang aku sifatkan sangat menarik untuk dikongsi

1. Lagu latar cukup sederhana tetapi menarik. Sebalik dengan alunan piano yang minima ditambah dengan bunyi siulan memang menyedihkan. Kerana alunan ini juga, setiap kali aku online, aku akan ke laman web rasminya sambil mendengar latar lagunya over and over. Alunan lagu ini cukup menceritakan kesedihan cerita ini.

2. Visual dan shot yang menarik, di sebalik kemeriahan kosmopolitan yang tidak pernah tidur, di sebalik sesaknya manusia di kepulauan Hong Kong, sinematografinya menceritakan kesunyian, kepedihan, kesorangan orang-orang yang menghuninya.

3. Tidak ada babak berbunuhan sehingga ke akhir filem atau hingga ke titisan darah terakhir, tetapi hanya dengan pengakuan dosa di bangku panjang, dua lelaki yang sekadar berbual-bual namun akhirnya adegan ini menyimpulkan kepedihan hati masing-masing. Brilliant.

Filem ini mengajar aku satu perkara. Tidak kira anda siapa atau kukuhnya emosi anda, masing-masing dalam hidup kita ada cerita sedih untuk diceritakan. Cerita sedih itu bukan disimpan dan didendami, kerana akhirnya cerita sedih itu meracuni diri kita.
Laman web rasmi Confession of Pain
Tonton trailer Confession of Pain

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, December 26, 2006  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart