Tuesday, November 07, 2006

A Prairie Home Companion


Alunan Halwa Telinga

Sedari kecil, aku sentiasa ditemani radio. Radio transistor. Itupun kalau anda hidup di zaman radio tersebut!. Ibu aku adalah pendengar setia rancangan radio. Dari awal pagi menemani rutin seharian ibuku. Masih aku ingat lagi, sebuah rancangan di hujung minggu. Jika tidak silap, nama rancangan tersebut ialah Varia. Sebuah rancangan radio yang mana rakaman tersebut dilakukan di hadapan penonton. Ia adalah rakaman persembahan secara langsung yang disiarkan di radio. Artis-artsis jemputan tentu sahaja yang popular ketika itu seperti Khatijah Ibrahim, Fransisca Peter.


Filem A Prairie Home Companion ini mengingatkan aku kepada rancangan tersebut. Filem ini sebenarnya mengisahkan tentang bagaimana sebuah rancangan variety nyanyian yang dirakamkan secara langsung untuk siaran radio. Di dalam filem ini, terkandung watak-watak yang menarik , kehidupan mereka sebagai penyanyi, penyiar, krew dan bagaimanakah gelagat mereka ketika melangsungkan rakaman rancangan tersebut.

Rancangan tersebut yang dikenali sebagai Prairie Home Companion, teman setia bagi peminat radio yang sentiasa menemani kesunyian hidup mereka dengan alunan nyanyian lagu yang bergenrekan country dan lawak jenaka secara spontan. Rancangan ini sangat popular sehinggalah zaman pop, video dan mtv melenyapkan populariti rancangan tersebut .

Filem ini ialah rentetan malam terakhir rakaman rancangan Prairie Home Companion sebelum menutup tirai buat terakhirnya. Syarikat radio tersebut WLT telah dibeli oleh jutawan yang tidak berminat untuk meneruskan rancangan tersebut.

Sinopsis

Dalam filem ini, ramai benar watak yang menarik yang ingin diceritakan. Yolanda dan Rhonda Johnson atau lebih dikenali sebagai The Johnson Sisters, pasangan duet adik beradik yang dilakonkan oleh Merryl Streep dan Lily Tomlin. Keakraban mereka mengatasi segalanya. Menempuh suka duka hidup sebagai penyanyi duet dengan menceritakan berbagai-bagai kenangan silam. Yolanda pula mempunyai seorang anak perempuan Lola yang dilakonkan oleh Lindsay Lohan. Lola sentiasa dengan kegetiran persepsi tentang hidup, remaja yang keliru dengan keyakinan diri. Semuanya pahit, benci dan bosan dengan kenangan demi kenangan yang selalu diceritakan oleh ibunya. Seterusnya kita diperkenalkan dengan Guy Noir lakonan Kevin Kline yang memegang watak sebagai seorang penjaga pintu yang asalnya penyiasat persendirian. Lelaki yang persepsinya sentiasa mahu menyiasat sedangkan dia bukanlah lagi seorang penyiasat persendirian. Seterusnya, Woody Harelson dan John C. Reily sebagai pasangan duet Dusty dan Lefty yang sentiasa membuat persembahan nyanyian dengan liriknya yang berjenaka lucah. Seterusnya, Virginia Madsen sebagai malaikat yang ditugaskan mengambil nyawa manusia. Kedatangan malaikat tersebut adalah untuk mengambil nyawa seseorang, lalu tanpa disedari keakraban antara krew dan penyanyi menyentuh hati malaikat tersebut. Tommy Lee Jones pula sebagai bakal pemilik radio WLT. Manusia yang menolak nostalgia dan sentimentaliti kerana wang dan ketamakan.


Ini adalah sebuah naskah filem Robert Altman. Pengarah unik dan tersendiri dengan naratifnya yang sentiasa mengejutkan dan mengujakan. Kalaulah anda boleh menonton filem-filem terdahulunya, pasti anda bersetuju dengan aku atas keunikan garapannya.

Antara keunikan filem naskah Robert Altman ialah:

1. Wujudnya banyak watak dalam sesebuah filem. Menerusi filem ini anda melihat pelbagai karakter yang unik dan tersendiri. Anda rasa cukup enjoy bila melihat pelbagai gelagat yang ditampilkan.


2. Dialog yang panjang dan spontan. Anda akan terpukau dengan lakonan pelakon-pelakon yang bersahaja. Seperti selalunya, watak-watak yang dilakukan seperti sahaja tidak berlakon. Anda mungkin menyetujui pendapat aku, kiranya anda menonton lakonan hebat Merryl Streep dan Lily Tomlin yang cukup bersahaja dan natural dalam filem ini.


3. Robert Altman terkenal dengan sentimentaliti misteri dan magikalnya. Seperti Gosford Park yang terkenal dengan kejutan dan elemen misterinya, manakala filem ini pula terserlah elemen magikal dengan kehadiran watak Virginia Madsen sebagai watak malaikat pencabut nyawa.

Maka kerana itulah, filem ini secara sahajanya sangat menghiburkan dan melekakan. Paling ku benci sekali, ialah mengetahui bahawa filem ini terlalu cepat berlalu tanpa disedari 105 minit telah pun berlalu .

Hebatnya Merryl Streep

Pastinya, yang menarik di hati aku ialah lakonan Merryl Streep. Tentu sahaja dia boleh melakonkan apa sahaja watak. Malah, yang mengejutkan aku, dia boleh bernyanyi. Bukanlah ini kali pertama aku melihatnya menyanyi. Kerana dia pernah menyanyi secara spontan dalam beberapa filem sebelum ini. Tetapi, bayangkan seorang pelakon yang bukan seorang penyanyi mampu menyanyi bak penyanyi country yang cukup professional.


Pastinya jika ada dedikasi terbaik untuk kesungguhan kerjaya, tentu sahaja Merryl streep. Untuk watak Roberta dalam filem Music of The Heart, dia berlatih bermain violin untuk selama 6 bulan. Untuk filem The River Wild, beliau berlatih berbulan lamanya untuk berkayak sebagai persediaan watak tersebut. Dan, apatah lagi dengan kesungguhannya untuk kepelbagaian loghat dan accent yang seterusnya mevisualisasikan watak dengan jujurnya. Untuk filem ini, khabarnya Merryl meminjam ibu mertuanya untuk melatih dirinya bagaimana mahu bertutur dengan accent Midwestern nya.

Dan, tentu sahaja ramai yang berani mati untuk mendapatkan watak sampingan di samping Merryl Streep. Dan, tentu sahaja Lindsay Lohan berasa cukup bertuah kerana watak sebagai anak perempuan Merryl Streep sangat menjadi. Memegang watak sebagai watak Lola, gadis yang keliru dan asyik memikirkan mati sebagai prinsip hidupnya. Walaupun, kecil wataknya namun cukup melegakan melihat dia sama setanding dengan kesemua gandingan pelakon-pelakon yang ada.

Lagenda Garrison Keillor

Sebetulnya, filem ini untuk mengenang Garrison Keillor. Siapakah gerangannya lelaki tersebut? Beliau adalah hos sebenar dalam rancangan ala Home Prairie Companion yang sebenarnya di Minnesota. Garrison melakonkan watak sendiri sebagai hos dalam filem ini. Barulah saya mengakui betapa lunaknya suara Garrison ini, dan selayaknya menjadi hos paling popular. Menggunakan Garrison sebagai pelakon dan memadanakan dan menceritakan secebis kisah kehidupan di sebalik tabir pentas persembahan rancangan radio sangat menarik perhatian aku.

Filem ini bukanlah sebuah filem box-office. Malah, filem ini tiada faktor denominator untuk melayakkan filem ini mendapat perhatian secara menyeluruh. Malah, filem ini hanya ditayangkan di pawagam Amerika Utara pada beberapa pawagam tertentu sahaja.

Hakikatnya, filem ini sangat menghiburkan. Ia adalah gabungan kreativiti dialog yang panjang dan spontan ilham Robert Altman. Ia juga adalah kerana gabungan pendukung-pendukung watak utama yang cukup meyakinkan. Hampir kesemuanya adalah calon Oscar dan pemenang Oscar berjaya merealisasikan kehidupan di belakang pentas ini.

Jika anda mengamati dan menonton dengan hati dan fikiran yang terbuka, pastinya anda terhibur dengan segala intipati filem ini.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, November 07, 2006  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart