Monday, September 11, 2006

Heart


Aku memang kepingin menonton filem ini. Semakin banyak orang memperkatakan betapa klise dan stereotaip ceritanya, makin membakar semangat mahu menontonnya.

Mengapa? Kebanyakan orang yang tidak mempunyai hati yang romantis akan menyifatkan filem seperti Titanic, When Harry Met Sally, Sleepless in Seattle adalah filem untuk wanita atau remaja perempuan. Jangkakan yang bosan, penuh air mata dan tisu yang banyak.

Beberapa tahun lalu, begitulah kata-kata teman aku apabila aku mencadangkan untuk menonton filem Ada Apa Dengan Cinta. Sesungguhnya, apabila menonton filem itu, barulah aku tahu filem itu mempunyai kuasa yang luar biasa!. Kesederhanannya tampak di luaran tetapi hakikatnya mempunyai lapisan-lapisan yang sungguh menarik yang menyentuh perasaan.

Begitu juga dengan Tentang Dia, Mengejar Matahari dan beberapa filem Indonesia yang lain. Ku simpulkan, filem-filem remaja mereka mempunyai pemberatan terhadap karakter yang mendalam sungguh pun ia klise, stereotaip dan mudah dijangkakan.

Dan, kerana itulah filem-filem Indonesia sangat sukar ditepis godaannya oleh aku.
Pengarah dan penerbit filem-filem di Malaysia perlu baca akan apa yang aku tuliskan ini. Supaya kita tidak terus - menerus mengeluarkan filem-filem cinta remaja yang bodoh seperti Main-main Cinta, Sembilu 2005 and what's not.




Lagu-lagu dan Runut Bunyi
Hakikatnya, Melly Goeslow adalah pakar dalam menyentuh perasaan manusia dengan lagu dan runut bunyinya. Susunan muziknya yang sederhana yang kebanyakan alunannya bernada akustik yang cukup menyenangkan. Aku cukup kagum bagaimana lagu-lagu ciptaannya diadun dengan bagus sehingga kita tidak terfikir filem ini akan jadi seperti tipikalnya filem-filem Bollywood yang meleret dan suka terselit di tengah awal atau akhir filem and whats not.

Sebelum filem ini ditayangkan, aku sudah terbuai dengan lagu My Heart. Lagu itu meskipun sederhana tetapi cukup menyentuh hati. Tetapi setelah menonton filem ini, minda aku bertanya di manakah aku harus mencari cd muzik ini, akan aku mainkan sampai bila-bila. Malah, aku merasakan lagu-lagu yang disusun lebih baik daripada adunan dalam Ada Apa Dengan Cinta dan Tentang Dia.


Bukti: Adegan di perkuburan dengan alunan suara nyanyian soprano adalah yang terbaik.


Klise, Corny, Tipikal , Stereotaip
Filem Heart ini mempunyai banyak elemen yang sudah dipergunakan dan dipergunakan over and over. Perhatikan berapa banyak telah aku ulangkan perkataan- perkataan itu.
Penggunaan elemen sentimental dan romantis yang keterlaluan yang telah banyak diguna pakai. Kita mungkin sudah boleh menjangkakan cinta sebegini di kebanyakan drama atau filem dari Indonesia, Thailand mahupun Korea. Tetapi mengapa aku masih suka filem ini?

Inilah filem yang aku senang sekali menontonnya tanpa memikirkan isme-isme yang ingin dimasukkan oleh sang sutradara. Sebaliknya filem ini kutonton dengan senang hati dan akhirnya dengan rasa sebak. Klise bukan?

Ya. Penuh klise. Gadis sakit yang menemui mautnya. Cinta tiga segi yang tidak bersambut. Pertentangan nilai antara persahabatan dan percintaan. Kematian demi kematian. Apa lagi elemen yang membosankan sekiranya kita himpun semua ini dan dijadikan rempah ratus dalam sebuah filem.


Inilah yang perlu dipelajari oleh pembikin filem Malaysia. Tidak perlu bajet berjuta dan tidak perlu pelakon ternama. Cukup dengan perkembangan karakter yang mendalam. Ironinya, hampir lebih 60 peratus perjalanan filem ini hanya dilakonkan oleh tiga pelakon sahaja. Bayangkan bagaimana mereka telah berjaya memainkan peranan dengan baik.

Laburkan dedikasi kepada kecantikan visual kerana dalam filem ini elemen romantisnya cukup sinonim sekali. Bunga, buku komik, kura-kura, apatah lagi kita memperkatakan seni sinematografinya yang cukup bagus.



Selain itu, pastikan lagu runut bunyi cukup menarik dan puitis. Dapatkan seorang yang cukup bijak mewarnai emosi seperti Melly Goeslow yang boleh membuai perasaan kita.
Sekali lagi, elemen negatif yang seringkali ada dalam setiap filem terburuk di Malaysia seperti klise, corny, streotaip, tipikal boleh menjadi filem yang ku definisikan sebagai ' the worth watching for'. Now ,to all Malaysian producers and directors, eat your heart out.

JIMI:: Sudah ku mainkan lagu itu berkali-kali. Wajib mencari cdnya.

Tonton video muzik My Heart
Tonton trailer Heart

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, September 11, 2006  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart