Friday, September 29, 2006

The Banquet


Tragedi demi tragedi. Bukan Tragedi Buah Epal yang dinyanyikan oleh diva Anita Sarawak. Namun, bila menonton The Banquet ini, aku teringatkan perkataan ini berulangkali iaitu ..tragedi dan tragedi.

Cinta yang luhur ala Romeo dan Juliet atau Puteri Gunung Ledang, mahupun lagenda Mahsuri, cerita rakyat di persada nusa antarabangsa yang mempunyai nuansa kontemporari menerima hakikat bahawa cerita cinta mesti ada tragedi.

Ahh, ku terima sms daripada cekmi, kenapa semua orang perlu mati dalam filem ini. Belum ku tonton lagi, ku menenangkan diri dan membalas kepadanya. Ia dipadankan daripada naskah Hamlet, maka tragik dan tragedi harus ada.

Selepas ku tonton, aku pula yang kebingungan dan kekeliruan.

Jimi hantar sms kepada Cekmi. Weh, aku tak faham lah, kenapa kena mati. Siapa yang bunuh? Terpana sekali lagi.

Tragedi oh tragedi.


Apa? Hamlet dalam epik filem China?

Ya, biasalah untuk mengangkat filem buatan China ke seni layar antarabangsa. Tidak juga mudah dan tidak juga sukar. Sebetulnya juga, untuk pengetahuan anda, rakyat China marahkan filem ini. Oh, bukan filem ini sahaja, termasuklah filem Hero, Flying Daggers, The Promise dan filem ini. Kata mereka, pembikin filem China tidak perlu nak glamorkan diri di persada antarabangsa sungguhpun kosnya berjuta tetapi mencemar budaya dan keaslian filem buatan China itu sendiri. Betul ke begitu?

Filem The Banquet ini ditayangkan di Toronto International Film Festival serentak di beberapa bandar raya di China. Keputusannya. Semua orang tidak faham dan menyifatkan filem ini tiada logik. Pengkritik antarabangsa menyifatkan filem ini sudah tiada ciri kebudayaan China. Wah, hebat betul kedalaman pendapat dan idea mereka untuk mengkritik.

Dalam naskah Hamlet, sekiranya anda pernah membaca atau menonton versi filemnya. Wujudnya pembunuhan terancang untuk menjatuhkan raja yang berkuasa. Racun dan beberapa rujukan jelas menunjukkan ia merujuk kepada naskah Hamlet. Tetapi, kita tukarkan beberapa plot utama. Kali ini, maharaja itu baru mangkat dan diambil oleh adiknya secara paksa. Maka, maharani terpaksa beralih setia kepada maharaja baru. Putera raja yang marahkan kematian ayahnya merancang melakukan pembunuhan maharaja yang baru. Pada masa yang sama, maharani mencintai putera raja, rakan sepermainannya dahulu tetapi telah diambil menjadi isteri oleh mendiang maharaja. Bayangkan cinta dan kasih maharani kepada putera raja kembali bersemi setelah kematian suaminya yang selama ini menjadi penghalang.


Filem ini tidak mahu menjadi seperti gagalnya Hero dan Flying Daggers, The Promise dalam menyampaikan ceritanya. Kegagalan yang aku maksudkan adalah subjektif dan relatif dan amat panjang jika ditulis di sini. Warna dan seni visual sama cantik mungkin menjadi persamaan kuadratik dalam falsafah matematik jika mahu membandingkan tiga filem ini. Selain itu, bandingkan dengan aksi seni mempertahankan diri dan latar lokasi filem purba yang semakin digemari oleh penggemar seni antarabangsa. Apatah lagi, aksi koreografi dan runut bunyi seakan hampir sama antara satu sama lain.

Malah , Jimi sendiri keliru pada asalnya mengatakan ini adalah filem Zhang Yi Mou yang terbaru.

Namun, bak kata orang lain. Serupa tetapi tetap tidak sama. Manakan sama Harry Porter dengan Lord of The Rings ataupun Narnia. Ohh, so many of them. Apatah lagi, Jimi memang suka nak berlawan pendapat dengan pengkritik. Kalau orang kata filem itu tidak bagus dan mematahkan semangat, lagilah aku mahu pergi tonton. Biar aku sahaja yang menilainya. Selera aku bukan?

Kenapa ia perlu ditonton?

1. Adalah rugi jika tidak menontonnya, kerana filem ini menyambung kelangsungan pengarah-pengarah China yang berazam mahu memartabatkan seni filem China ke persada antarabangsa. Kreativiti mereka mengkagumkan.

2. Seni visual yang cantik, lanskap, kostum yang hebat. Ohh! bayangkan props istana yang terbesar dibina dalam sejarah. Pengarahnya mahu merakamkan manusia termasuk maharaja dan maharani sangat kerdil berbanding istana yang sungguh besar itu. Ternyata berjaya. Tidak percaya? teliti poster filem ini di atas.

3. Pesona Zhang Zi Yi, kerana terus terang aku katakan sekali lagi filem ini adalah tentang dia. Hanya kerana dia, filem ini mempunyai kejelasan plot dan mesej antigonisnya.

4. Tentu sahaja harus ditonton di sinema kerana kekuatan susunan dan irama runut bunyinya yang retorik dan sangat puitis. Pemenang anugerah Academy Tan Dun menerusi Crouching Tiger Hidden Dragon sekali lagi berjaya.

5. Bayangkan seni tarian ballet digabungkan menjadi salah satu aksi mempertahankan diri. Satu lagi kreativiti Yuen Wo Ping dalam menghasilkan aksi yang menarik.


Malangnya tiada yang boleh diperkatakan tentang seni lakon yang tampaknya hanya Zhang Zi Yi jauh lebih menyerlah berbanding watak-watak utama dalam filem ini. Putera raja Wu Lan yang dilakonkan oleh Daniel Wu setakat mengingatkan aku kepada lakonan Andy Lau atau Takeshi Kaneshiro dalam filem Flying Daggers. Ordinary, raw but have some potential there.


Beruntungnya jadi Zhang Zi Yi. Kerana dia, pembikin filem sanggup melaburkan berjutaan duit kerana mahu membikin filem yang gah. Bayangkan filem-filem lakonannyanya berbajet besar seperti Crouching Tiger, Flying Daggers, Hero, Geisha dan juga The Banquet. Zhang Zi Yi bukan Gong Li atau diva yang mungkin anda tidak kenal Joan Chen. Zhang Zi Yi telah membuka mata barat kepada bakat orang Asia.



Dalam filem ini, dia bukan lagi wanita bersalah dan berasa bersalah seperti dalam Geisha. Dia Maharani Wan, yang mahu memiliki dua perkara utama. Pertama, kuasa untuk memerintah yang mendorongnya untuk merancang plot pembunuhan. Kedua, dia mahukan cintanya kepada anak tirinya Wu Lan. Untuk memikul watak ini, dia bertekad untuk tidak membaca naskah asal Hamlet kerana mahu mengolah wataknya secara sendiri dan unik. Dia juga banyak memainkan emosi dalaman. Ekspresi sederhana tetapi matang kerana memegang watak sebagai seorang yang penuh protokol Maharani kiranya.


Paling menarik, dan apa yang uniknya tentang filem ini ialah, kesemua watak utama memegang peranan sebagi antigonis. Manusia-manusia yang bertopeng-topeng mahu mencari keselesaan diri sendiri demi mengejar apa yang diinginkan. Jarang kedapatan di mana-mana realiti antigonis dan self interest itu ditonjolkan. Kerana itulah juga, ironinya banyak sangat topeng dijaja sana-sini dalam filem ini. Mungkin topeng adalah lambang hipokrasi manusia. Saksikan tarian topeng pada jamuan makan malam.

Jika anda masih keliru mengapa filemnya berjudul jamuan makan malam, ini adalah kerana pada jamuan itulah pembunuhan terancang dilaksanakan. Sesiapa yang tidak hadir ke jamuan itu, akan dipancung.

Yang perlu anda tahu

1. Sumber mengatakan dia bakal berlakon dalam sebuah lagi epik purba. Tidak lain dan tidak bukan, MULAN.

2. Asalnya, watak utama filem ini ditawarkan kepada Gong Li, tetapi terpaksa ditolak kerana bertentangan dengan projek lain. Sementara Gong Li jadi wanita penggoda dalam Miami Vice, Zhang Zi Yi menjadi seorang maharani.

3. Graduan Central Drama Academy, sebuah kolej seni lakon yang terkenal di Beijing.

4. Beliau bukanlah seorang ahli terlatih dalam seni pertahankan diri. Malah, dia banyak menggunakan seni tari dalam aksinya.

5. Dia pernah berlakon tiga watak wanita utama dalam sebuah filem dengan tiga latar zaman yang berbeza. Jasmine Women.

Filem Zhang Zi Yi yang pernah ditulis oleh JIMI:

Memoirs of Geisha, House of Flying Daggers , Hero ,

Kata-kata Zhang Zi Yi

"For Western women, it's much easier to be yourself. If you want to do something, you just go and do it. In an Asian context, women are still much more modest and conservative. I want, through my roles, to express the parts in the hearts of Chinese women that they feel unable to let out."

"Even though I've done Hollywood films, I still don't think of myself as a Hollywood actress."

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Friday, September 29, 2006  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart